Remaja 15 tahun miliki lima ijazah dalam empat tahun

Remaja ini menyifatkan keluarga dan tenaga pengajar di universiti banyak membantu sepanjang pengajiannya. – Instagram

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi individu termuda yang menamatkan pengajian di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah kelimanya dalam masa hanya empat tahun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jack Rico, yang berasal dari California telah memperoleh empat ijazah bersekutu sebelum berusia 13 tahun.

Dia kini berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Nevada dengan purata nilai gred (GPA) sebanyak 3.78.

“Sejujurnya saya amat menyukai semua kelas yang diikuti.



“Sebahagian daripada kelas saya adalah berkaitan sejarah dan filem, jadi saya belajar sesuatu yang berbeza dalam setiap kelas,” katanya.

Rico sebelum itu mengikuti pembelajaran di rumah bersama ibunya, Ru Andrade. Bagaimanapun, selepas empat tahun, wanita itu berdepan cabaran untuk mengajar sesuatu yang baharu kepada anaknya.

Susulan itu, pada usia 11 tahun, Rico menduduki peperiksaan penempatan di Kolej Fullerton yang menawarkan program lonjakan digelar K-12, dan mendapat markah tinggi sehingga membolehkannya ditempatkan dalam kursus peringkat kolej.

Dalam tempoh hanya dua tahun, Rico memperoleh empat ijazah bersekutu iaitu dalam bidang Penumpuan Sejarah, Tingkah Laku Sosial, Seni dan Ekspresi Manusia serta Sains Sosial.- AGENSI



Remaja 15 tahun miliki lima ijazah dalam empat tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker