Legenda bola sepak negara, M Kuppan meninggal dunia

Sebaran :

Legenda bola sepak negara, M Kuppan meninggal dunia

Legenda bola sepak serta bekas jurulatih negara, M Kuppan menghembus nafas terakhir di kediaman adiknya di Bandar Sri Damansara, di sini, petang tadi.

Mendiang meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas mengalami pelbagai komplikasi selain tidak mampu berjalan.

Menurut adik bongsunya Kihsaven, 66, abangnya tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.



Katanya, baru-baru ini, mendiang dimasukkan ke Hospital Selayang selama lima hari selepas keadaan sangat lemah.

“Abang mengalami strok ringan beberapa hari lalu dan tidak boleh bangun. Sepanjang hayatnya, saya mengikutinya dalam semua perlawanan dengan menaiki motosikal Honda Cub.

“Sewaktu bersama abang, saya bertemu Mokhtar Dahari dan pemain bola sepak Malaysia yang lain. Saya sangat menyayanginya dan akan merinduinya,” katanya kepada FMT.

Kuppan pernah menjadi kapten pasukan Pulau Pinang pada 1960 dan kemudiannya menjadi penyerang skuad kebangsaan.



Pada tahun 1973, mendiang bersama Abdul Ghani Minhat menjadi orang yang bertanggungjawab membentuk gandingan mantap Chin Aun-Santokh sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lain.

Mendiang meninggalkan isteri, G Amirthemani Pillai, 84, serta tiga anak dan empat cucu.

Anak sulung daripada lapan beradik itu dilahirkan di Butterworth, menjadi kerani di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pada 1958 sebelum memasuki pasukan Pulau Pinang pada tahun sama. Beliau bekerja dengan suruhanjaya pelabuhan selama 31 tahun.

Ketika itu, skuad Pulau Pinang memenangi Piala HMS Malaya pada 1958 dan pada masa sama, mendiang juga memenangi Kejohanan Pesta Bola Merdeka ketika menyarung jersi skuad kebangsaan.



Beliau mewakili negara selama lapan tahun sehingga 1965 dan bermain 10 musim untuk Pulau Pinang sebelum bersara pada 1967 akibat kecederaan. FMT

Legenda bola sepak negara, M Kuppan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.