Ini penjara termewah di Britain

LONDON – Sebuah penjara termahal di Britain yang bernilai berjuta-juta pound akan mula dibuka pada bulan ini, yang menawarkan halaman dan pemandangan menakjubkan kepada para banduan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Penjara HMP Five Wells yang terletak di Northamptonshire itu akan menjadi penjara persendirian pertama Britain yang menawarkan beberapa ciri kemudahan mewah termasuk padang bola sepak untuk banduan.

Penjara berharga £253 juta (RM1.4 bilion) itu boleh menampung seramai 1,680 banduan.

Tidak seperti penjara-penjara lain, bangunan yang dimodenkan itu tidak mempunyai jeriji besi pada tingkap dan menawarkan pemandangan indah Sungai Nene termasuk tasik untuk memancing kepada penghuninya.

Pegawai berkata, penjara itu dibina berkonsepkan masa depan dan mempunyai bilik tidur terang, kawasan hortikultur dan empat kawasan permainan pelbagai guna yang luas.

Pereka menggantikan struktur bangunan penjara biasa berbentuk ‘K’ dengan mencipta tujuh bangunan berbentuk salib untuk dipadankan dengan gaya futuristik.

Sejak zaman Victoria, reka bentuk blok ‘K’ direka bertujuan menempatkan seseorang pegawai penjara di tengah-tengan untuk meninjau semua sel penjara dengan cepat.

Selain itu, penjara mewah tersebut akan menjadi rumah kepada hab untuk pendidikan, latihan vokasional dan kemudahan sosial serta akan menjadi penjara mesra alam pertama di Britain. – AGENSI

Ini penjara termewah di Britain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda bawa pulang Ford Mustang hadiah cabutan bertuah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker