Patung Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Paling Dibenci Di India

Sebaran :

Patung Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Paling Dibenci Di India

Patung bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo yang baru dibina di India mencetuskan pelbagai reaksi.

Terletak di Barat negeri Goa di mana sukan bola sepak sangat popular di sana, kewujudan patung itu diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan muda.

Bagaimanapun Goa juga pernah dijajah Portugal dan sudah 60 tahun negeri itu bebas daripada jajahan.



Pengkritik berkata, bintang bola sepak tempatan seharusnya diberi penghormatan terutama apabila beberapa pemain skuad kebangsaan India sejak dahulu sehingga sekarang berasal dari Goa.

“Sangat kecewa mendengar yang patung Ronaldo didirikan. Belajar untuk berbangga dengan ikon kita sendiri seperti Samir Naik dan Bruno Coutinho,” kata seorang penduduk Goa kepada agensi berita IANS.

Semasa majlis perasmian patung itu, beberapa orang mengibarkan bendera hitam sebagai tanda protes, lapor akhbar Times of India.

Pasukan bola sepak Portugal terkenal di Goa dan disebabkan pernah dijajah, ramai penduduk tempatan tinggal di Portugal atau mempunyai keluarga di sana.



Tetapi sesetengah rakyat di India berasakan adalah satu penghinaan mendirikan patung itu semasa sambutan ulang tahun ke-60 Goa bebas daripada dijajah Portugal.-AlJazeera

Patung Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Paling Dibenci Di India

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *