Dr Mustafa Dipilih Antara Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

Dr Mustafa Dipilih Antara Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

“Saya bangga kerana dapat membantu pesakit menjalani pembedahan bariatrik, sekali gus membolehkan pesakit menjalani gaya hidup lebih baik, kata pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher, 46.

Dr Mustafa dipilih seorang daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik dalam Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global anjuran sebuah badan yang berpusat di Singapura yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Beliau yang berasal dari Iraq mendapat pendidikan di Kolej Perubatan Universiti Baghdad dan menetap di Malaysia lebih 17 tahun adalah Pakar Perundingan dan Pembedahan di Pusat Perubatan Hospital Cengild, Bangsar, di sini.

“Saya sangat bersyukur di atas anugerah itu, dan akan terus bekerja keras, sekali gus membanggakan Malaysia pada masa depan.

“Ini adalah kejayaan melakukan lebih 2,000 pembedahan bariatrik sepanjang kerjaya saya di beberapa hospital di negara ini

“Kebanyakan pesakit sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan untuk melakukan aktiviti harian,” katanya di sini.

Dr Mustafa sebelum ini terkenal melalui perkongsiannya mengenai kesihatan dan perut serta kaitannya dengan kesihatan di laman media sosial Instagram dan Tik Tok

Beliau yang sudah berumahtangga dengan warga tempatan, RafeahArifin serta dikurniakan tiga cahaya mata.

Sebelum ini, Dr Mustafa pernah berkhidmat sebagai pakar pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 2012 hingga 2019.

Dr Mustafa berkata, anugerah ini juga mendorong beliau untuk terus memerangi obesiti dengan meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemikiran kepada orang ramai mengenai penyakit itu.

Katanya, pembedahan bariatrik membolehkan pesakit mendapat peluang ke dua ke arah kehidupan kesihatan lebih baik dan meningkatkan keupayaan fizikal dalam mengurangkan berat badan serta merawat masalah kencing manis serta darah tinggi dihadapi pesakit.

“Kebanyakan pesakit yang berlebihan berat badan akan mengalami beberapa masalah refluks yang juga punca utama pembentukan kanser di esofagus atau perut, dan pembedahan bariatrik boleh menyelesaikan masalah ini,” katanya.-HM

Dr Mustafa Dipilih Antara Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan? Fakta Atau Mitos? Apa Kata Pakar Bariatrik Pula…[VIDEO]

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker