Banjir: Sempat Pindahkan Senjata Api Sebelum Balai Tenggelam

Banjir: Sempat Pindahkan Senjata Api Sebelum Balai Tenggelam

SHAH ALAM: Seorang anggota polis tidak dapat melupakan detik balai polis tempatnya bertugas ditenggelami air sedalam lebih tiga meter dalam bencana banjir pada 18 Disember lalu.

Lans Koperal Fatin Nabillah Abdullah, 28, yang bertugas di Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25, sempat berkongsi pengalamannya sewaktu kunjungan Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters pada Sabtu.

Masih segar di ingatannya bagaimana dia terpaksa menjawab puluhan panggilan dengan air mula melimpah masuk dan bergenang di pergelangan kaki.

“Kami memang tak sangka air akan naik begitu cepat kerana sebelum ini tak pernah dinaiki air, masa kejadian pun semua anggota termasuk ketua balai keluar untuk membuat pemantauan selepas menerima maklumat beberapa kawasan perumahan di Taman Sri Muda sudah ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apa yang paling penting ketika itu adalah senjata api dan dokumen penting.

“Beberapa pucuk pistol yang dipulangkan anggota bertugas perlu dipindahkan segera, jika tidak ia pasti hilang atau hanyut,” katanya.

Fatin Nabillah berkata, dia nekad untuk bertindak cepat selepas dimaklumkan semua anggota yang keluar terperangkap dan tidak dapat balik ke balai semula kerana beberapa jalan sudah ditutup.

Jelasnya, dalam keadaan kelam kabut dia terpaksa menyelamatkan peralatan penting lain seperti walkie talkie dan komputer.

“Balai polis ini dianggap kawasan selamat di mana ada enam hingga tujuh keluarga yang mempunyai kanak-kanak dan bayi mula datang ke balai untuk berlindung selepas rumah mereka ditenggelami air.

“Mereka ini dibenarkan masuk tapi terpaksa dipindahkan ke tingkat atas balai kerana air sudah naik pada kedalaman satu meter,” katanya yang sudah tujuh tahun bertugas di balai polis itu.

Menurutnya, hujan tidak berhenti selama dua hari turut menjadi faktor banjir luar biasa di kawasan berkenaan.

Balai Polis Sri Muda turut menempatkan kuarters terdiri daripada 16 unit rumah.

“Kuarters balai ada 16 unit rumah, semua penghuni terperangkap, mujur ada dua anggota iaitu Koperal Fairus dan Koperal Manimaran yang bertugas malam tidak keluar dan masih boleh membantu di balai kerana bekalan elektrik ketika itu sudah terputus disebabkan transformer elektrik meletup,” katanya.

Katanya, selama dua malam penghuni di balai itu hanya makan dan minum sekadar apa yang ada kerana bantuan tiba pada pagi Isnin (20 Disember).

Banjir: Sempat Pindahkan Senjata Api Sebelum Balai Tenggelam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker