Ketetapan MKT UMNO terhadap Pengeluaran i-Citra tidak berubah – Asyraf Wajdi

Sebaran :

Pendirian Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai i-Citra KWSP bukannya baru sekarang atau hanya terbatas kepada musibah banjir yang melanda, sebaliknya memenuhi hasrat dan menyantuni tuntutan rakyat yang susah dan terdesak sejak PKP dan Pasca PKP lagi.

Bahkan kenyataan beliau hanya menegaskan kembali KETETAPAN MAJLIS KERJA TERTINGGI (MKT) pada 27 Ogos 2021 ketika menggariskan beberapa PANDUAN UTAMA buat Naib Presiden 1 UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, antaranya seperti berikut:

“(iii) Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambah-baikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, PENGERLUARAN i-CITRA SECARA ONE-OFF DENGAN JUMLAH MINIMUM RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.”

Selagi MKT belum menarik balik ketetapan ini, garis panduan ini masih terpakai.



FB: Asyraf Wajdi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini hujah Tengku Zafrul kenapa pengeluaran KWSP tidak diberikan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *