Ini hujah Tengku Zafrul kenapa pengeluaran KWSP tidak diberikan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai simpanan hari tua pekerja negara. Namun, buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Malaysia pada 2020 telah mengadakan program pengeluaran khas i-Lestari bagi membantu ahli KWSP mengatasi kesan Covid-19 ke atas ekonomi.

Ini disusuli dengan i-Sinar dan i-Citra. Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku iaitu pandemik global yang juga melanda Malaysia. Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja.

Hari ini, ada beberapa pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP. Perlu saya ulangi, idea ini pertama sekali dibuahkan oleh kerajaan setelah membuat pertimbangan dan perkiraan rapi terlebih dahulu. Suara-suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terlibat sama sekali dalam perhitungan dan keputusan tersebut.



Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan.

Caruman wajib pencarum dan majikan adalah asas sistem KWSP yang merupakan satu amanah yang wajib dijaga oleh pihak KWSP dan kerajaan.

Selama ini, pencarum memang dibenarkan membuat pengeluaran untuk keperluan tertentu seperti pembelian rumah kediaman dan kos perubatan melalui Akaun 2 KWSP.

PERBANDINGAN BANJIR 2014



Tujuan KWSP itu adalah untuk persediaan hari tua, bila mana kudrat sudah tiada untuk bekerja. Untuk itu, pengeluaran terutamanya dari Akaun 1 tidak boleh dibenarkan sewenang-wenangnya.

Dan suatu hari nanti, apabila Malaysia mencapai status negara tua pada tahun 2030 (8 tahun lagi), tanggungjawab kewangan negara yang akan melonjak bukan hanya akan dipikul oleh kerajaan, tetapi juga pembayar-pembayar cukai di masa hadapan.

Sememangnya adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan masa panjang rakyat sambil memberi penyelesaian kepada cabaran semasa. Sebab itu juga pentadbiran-pentadbiran sebelum ini begitu tegas menjaga amanah mereka berkenaan KWSP. Pada tahun 2014 misalnya, beberapa negeri terutama Kelantan dan Pahang teruk dilanda banjir dengan jumlah isi rumah yang terkesan mencecah 300,000 dan ramai yang kehilangan harta termasuk rumah dan kenderaan.

Namun, kerajaan pada tahun 2014 tidak membenarkan pengeluaran KWSP walau satu sen pun kepada mangsa-mangsa banjir yang hilang segala-galanya sebaliknya menggunakan kaedah-kaedah lain bagi membantu mangsa bencana. Kini, pendekatan yang sama diambil kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi bencana banjir.



Secara keseluruhan, banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan bagi menolong rakyat termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP); Bantuan Wang Ihsan (BWI – bagi mangsa-mangsa bencana); bantuan kebajikan bulanan; pembiayaan dengan kadar 0 peratus serta moratorium serta-merta selama 6 bulan dan banyak lagi.

Sehubungan itu, ada beberapa fakta yang perlu kita akui:

A. Isu wang persaraan yang tidak mencukupi wujud sebelum zaman Covid-19 lagi. Hakikatnya, hari ini hampir 50 peratus atau lebih 6 juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000. Pendek kata, pencarum seramai 6 juta ini tidak akan mendapat faedah pun jika dibenarkan pengeluaran tambahan i-Citra.

B. Menurut KWSP, pesara sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM240,000 semasa bersara. Jika mereka dijangka bersara selama 20 tahun, mereka hanya ada RM1,000 sebulan untuk sara hidup termasuk ubat-ubatan jika sakit. Cuba bayangkan jika mereka ada kurang daripada RM10,000 sekarang. Dijangka hampir 7 juta ahli akan mempunyai simpanan di bawah RM10,000 jika pengeluaran tambahan i-Citra dibenarkan. Jika mereka dapat gandakan 10 kali pun sehingga RM100,000 semasa bersara (satu gandaan yang amat sukar untuk dicapai), mereka hanya ada RM500 untuk berbelanja. Lebih tragis lagi bagi hampir 4 juta pencarum yang mempunyai simpanan di bawah RM1,000.



C. Kerajaan sudah benarkan banyak pengeluaran. Dengan i- Lestari, i-Sinar dan i-Citra, rata-rata ahli telah mengeluarkan sebanyak RM21,000 sehingga RM71,000 sejak tahun lepas. Secara keseluruhan, lebih 7 juta pencarum telah mengeluarkan lebih RM101 bilion.

D. Lebih kurang 74 peratus pencarum yang mempunyai kurang dari RM10,000 dalam akaun mereka adalah bumiputera. Lebih membimbangkan lagi, 79 peratus dari golongan ini mempunyai simpanan kurang dari RM1,000. Kalau betul beberapa pihak ingin memperjuangkan nasib bumiputera, terutamanya orang Melayu, walaupun tahu ramai yang sudah tidak mempunyai cukup simpanan, apakah niat dan tujuan sebenar memperjuangkan pengeluaran tambahan?

E. Wakil-wakil kesatuan pekerja pun tidak bersetuju. Lihat sahaja kenyataaan persatuan-persatuan yang mewakili pekerja seperti NUBE, Cuepacs, NUDIW, UNI-MLC dan MTUC. Mereka tidak bersetuju kerana mereka faham impak buruknya pengeluaran tambahan kepada kebajikan hari tua pencarum.

Ada juga sebab-sebab lain yang melibatkan pasaran ekuiti, kewangan dan keyakinan pelabur asing dan domestik.



Ini rumusannya:

A. KWSP memainkan peranan penting di pasaran saham dan bon tempatan untuk menjana pulangan dividen kepada ahli dan menyediakan kecairan bagi kedua-dua pasaran tersebut. Nilai pelaburan KWSP dalam pasaran saham tempatan adalah 16 peratus daripada nilai keseluruhan yang berjumlah lebih RM1.7 trilion. Nilai pelaburan KWSP dalam bon-bon kerajaan pula adalah 26 peratus (atau RM247 bilion) dari nilai keseluruhan RM950 bilion. Bagi bon-bon korporat, KWSP memegang 21 peratus (atau RM166 bilion) daripada nilai keseluruhan RM791 bilion.

B. Sekiranya pengeluaran ini dibenarkan lagi, KWSP akan terpaksa menjual pegangan saham dan bon mereka di luar dan dalam negara secara besar-besaran dalam keadaan pasaran yang tidak menentu; memberhentikan pelaburan di dalam negara untuk tempoh 3 hingga 6 bulan; dan mengurangkan penyertaan dalam pasaran domestik buat sementara waktu.

C. Langkah ini akan memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan kerana peranan KWSP sebagai penyedia kecairan juga akan terjejas, selain mengekang keupayaan KWSP untuk menjana pulangan dividen. Apabila kecairan berkurangan, ini berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur lain yang akan turut serta menjual pegangan mereka, lantas mengurangkan lagi kecairan di pasaran. Ini akan mengakibatkan peningkatan kos pinjaman bagi seluruh Keluarga Malaysia, tidak kira individu, syarikat mahupun kerajaan.



D. Systemic repercussions atau kesan-kesan sistemik ini bukan sahaja akan menjejaskan pulangan kesemua ahli KSWP malah penyimpan lain yang bergantung kepada pulangan daripada pegangan saham dan bon tempatan seperti ahli Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), serta pelabur skim-skim Amanah Saham yang diurus oleh PNB seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), juga ahli-ahli Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga akan turut terkesan. Secara keseluruhan, ini akan memberikan impak negatif antaranya dari segi peningkatan kos pembiayaan bagi kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta dan juga berpotensi menyebabkan ketidakstabilan pasaran kewangan negara.

E. Tambahan lagi, situasi ini secara tidak langsung telahpun menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli-ahli yang ingin terus mengekalkan simpanan mereka di dalam KWSP. Buat masa ini, terdapat sejumlah lebih RM270 bilion simpanan di KWSP yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang berumur lebih 55 tahun dan tidak lagi tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran.

Seperti yang saya sebutkan berulang kali, dalam keadaan ekonomi yang semakin pulih, kerajaan tetap akan membantu rakyat melalui strategi yang pelbagai dan berbeza seperti BPR, BKC, BKP, Bantuan Khairat Kematian, BWI, bantuan kebajikan bulanan dan banyak lagi. Kerajaan sentiasa memantau keadaan dan akan menambahbaik segala bentuk bantuan jika perlu.

Namun dalam hal KWSP ini, kita tidak boleh terus populis dengan sekali lagi mencari jalan mudah membenarkan pengeluaran tambahan lebih-lebih lagi bila kerajaan sudah menyediakan satu pakej bantuan banjir yang paling tinggi dalam sejarah. Fikirkanlah kesan jangka panjang terutamanya kepada anak-anak dan cucu-cucu kita yang bakal mewarisi beban menampung kehidupan warga tua negara yang tidak mampu menampung persaraan mereka sendiri.

*Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ialah Menteri Kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berapa Banyak Kerajaan Berhutang Dengan KWSP

Related Articles

35 Comments

  1. Sudah la..jangan menyusahkan kami lagi..
    Apa yg susah sangat nak bagi I-CITRA..
    Tau dak berapa susah kami sekarang..
    Fikir la pasal rakyat…

    1. Tapayah cerita hari tua ni yg sekarang ni macam mana nk hidup dgn keja x menentu gaji pun jadoh kami harap ada duit kwsp untuk terus hidup seperi biasa kau x dak kwsp rakyat akan jadi teruk lgi bamtuan kerejaan x cukup nk baya hutang kami yg tertungak seperti kridik lon kereta dan pimjaman ceti lgi bunga lagi naik dan surat barang di pajakgadai dia x bg pun tanguh bayaran

      1. Kerajaan sekarang ni mengharap kan duit rakyat kawal duit rakyat mkn duit rakyat tu tak nk lulus tu,ingt kalu tak lulus juga kami sesen pun tak halai duit kami ni diguna haram lah kalu guna duit rakyat rasanya halai haram tak knl apa atau buat tak kisah dgr

      2. Sebagai mangsa banjir,yg memusnahkan banyak benda,tak ada satu pon batuan yg aku dapat.mohon ZAKAT,tak lulus.mohon BSN 10K tak lulus.niat,nk betulkan kenderaan nk cari makan.sekadar penyedap telinga ja,bantuan2 kerajaan. Habuk pon tak ada.segala2nya lembab dlm membuat keputusan.yg jd mangsa rakyat.mengharapkan duit sendiri simpanan KWSP,dh mcm mengemis…makin teruk yb2,menteri2 yg dok ada skrg…kebanyakan tk jaga amanah.hanya tembolok sendiri.pakat2 la jawab kat akhirat nanti ya….

      3. Bodoh tak paham bahasa. KWSP tu hak rakyat tak payah alasan pasal hari tua. Ikut sja tuntutan rakyat. Bukan mintak duit kerajaan pun. Duit kami semua tu yg kami simpan berpuluh tahun. Masa ni lah kami nak guna. Apa yg susah sangat. Bagi kami yg simpan cecah ratusan ribu dlm tu bagi sja la tanpa syarat. Mana2 ahli yg simpanan kurang bagi depa pilihan. Utama kan yg memerlukan. Banyak yg tertunggak sejak covid 19 melanda.

      4. Fikir fikirkan dan renung-renungkan lah,timbang pertimbangkan lah permintaan rakyat yang amat memerlukan ketika ini,kami semua minta duit kami,bukan duit kerajaan,kami mohon

    2. Kalau tak nak bagi i-citra, bagi la setiap Keluarga RM5000 minimum utk startup kehidupan selepas terjejas pandemic!!
      Senang je bagi alasan simpanan Hari Tua.
      Duit Kami sendiri la KWSP ni! Bagi balik!!!

    3. bukan duit bapak dia kalau dia nk pakai sukahati je nk ambil ni duit sendiri pun x boleh keluar dia tau ke masa depan manusia seolah-olah dia yg yakin boleh menyelesaikan masalah manusia Allah segalanya x dpandang ya Allah kau binasakan semua penyusah rakyat ini..Aamiinn

      1. Alasan bumiputra ada baki kurg 10k hgga 1k saja buat gempak saja tu .. mmg la balance tggai 10k hgga 1k sbb golongan tu golongan yg baru berkerja kurg dri 5 tahun…kebnykan nya golongan umot 18-21 tahun…mereka da byk masa nk topup balik dgn bekerja…ni kami dh 20 tahun lebih kerja mna mgkin ada balance 10 k – 1k dom akaun 2…. Sbb kari boleh la …yg buat keputusan org yg x oernah susah … Itu la masalahnya…hangitttt!!!!!

    4. Setakat pengeluaran rm10k tu adalah terlalu kecil pada insan yg terlibat dgn bencana n terkesan akibat pkp.. seharusnya kerajaan lebih telus dalam menangani permasalahan yg ditanggung oleh rakyat hingga ke hari ni.. justeru itu diharapkan kerajaan permudahkan n lulus kan pengeluaran KWSP bagi meringankan bebanan yg ditanggung pada mereka yg terlibat di

    5. itulah…klu ada yang tak cukup simpanan kwsp atau kurang dari 10k tak usah lah keluarkan tiada siapa yang memaksa..yang masih cukup dan lebih kasih lulus lah keluar..senang cerita..itu pun banyak berdalih..terus terang lah klu wang kwsp sd habis di pakai dipinjam kerajaan..ada kemungkinan begitu kan?

  2. Apa niat sebenar kerajaan negeri tak bg pengeluaran i citra 10k? Dah tiada masa utk hari tua…ramai org tua yg dah meninggal sbb covid,nak tunggu B40,M40 ramai yg mati ke baru benarkan…kami takkan sempat merasa hr tua utk guna KWSP nnti,itu duit kami!!!!!!!!!!

    1. Lps kn lah duit tu…bkn duit kerajaan pun..tapi duit pencarum..yg terkesan banjir sahaja..di utamakn

    2. Hari tua masih jauh..tpi rakyat terlalu dekat dengan kesusahan xda kerja…mcmna mau teruskan hidup… Kwsp tu duit rakyat… setakat bantuan x cukup…untuk byr hutang kereta,hutang rumah….fikir2kn….

  3. Kwsp bukan hak kerajaan..tk payah dok susah2 nk rancang masa depan rakyat …kita tk boleh ramal masa hadapan..Fikir dulu masa sekarang…yg perlukan duit untuk perbelanjaan harian…

  4. Xkn nk tggu Rakyat x prcaya dgn simpanan kwsp atau nk tggu Rakyat xpyh bt lg simpanan kwsp ke….Rakyat dlm bebanan skang…blum tertentu umur blh manjangkau 60 thn.. Ajal n maut smua di tangan allah….kita xblh nk fikir kn modal untuk negara dlm setuasi msh bebanan Rakyat… Rakyat dulu di penting kn bkn untuk negara…

  5. One off UTK mereka yg memerlukan….x yah nak ungkit kisah yg dulu²…pencarum yg tak de duit..baru brp tahun kerja, biar LA mereka mencarum lagi. Ni golongan yg B40 n M40 apa bantuan yg mereka dpt kalau yg tak bekerja lagi..kerja sendiri…harapkan duit KWSP UTK kesinambungan …bukannya buat pinjaman BSN tu bole bantu kami…nak dapat pun belum tentu lagi..hutang² menambahkan hutang…

    1. Klau bimbang pencarum tak mencukupi wang persaraan, why not but threshold utk pencarum yg layak sahaja. Government letak syarat minimum utk pengeluaran i-citra mestilah pencarum yg mempunyai Baki RM….. Di akaun 1.

  6. Kepala otak berjambul si zafrul ni…. Mcm 2 alasan kau bagi utk menutup udang di sebalik maggie… Korang ni jaga golongan2 keparat je… Rakyat x dipedulikan sgt… Prihatin tu wayang je… Puiiii

  7. Ingatlah dunia bukan macam dulu…..ini sudah sampai umat akhir zaman ….yg kaya tambah kaya dan yg susah makin susah…di manalah nilai kemanusian sebagai umat yg berilmu…kita perlu tolong menolong sesama sendiri….bukannya meminta duit dgn kerajaan tapi hak sendiri… peraturan manusia boleh di ubah kecuali hukum Allah…, ingatlah jgn sampai semua orang menyumpah dgn kita !!!

  8. Itu duit kami, apa yg susah nya nak keluarkan, icitra dgn Isinar pun bukan dapat One off kami tak dapat bayar hutang.

  9. Duit Kwsp bukan hak kerajaan..tk payah dok susah2 nk rancang masa depan rakyat …kita tk boleh ramal masa hadapan..Fikir dulu masa sekarang…yg perlukan duit untuk perbelanjaan harian… zafrul kau igat duit Tu bleh ke kau bwak mati sbb kalau Ali kwsp tak spat Rasa so duit pagi mane ke msuk ke ACC kerajaan ,🤔🤔🤔🤔🤔🤔

    1. Cukup2lah nak cerita pasal duit simpanan masa tua.kami bknnya bodoh sangat.Boleh pulak cerita pasal banjir besar 2014 tak ada pengeluaran KWSP. Itu cerita sblm zaman covid 19. Cerita dlm zaman covid 19 sekarang ini. Semuanya jadi susah. Usung dokumen pergi bank minta moratorium blm tentu bank bagi moratorium sbb pihak bank tak nak bg moratorium tu. Pihak bank suruh kita daftar dgn AKPK itu pengalaman kami sendiri semasa memohon moratorium dgn pihak bank. Nampak permainan kerajaan kat situ. Duit KWSP tu dah habis kerajaan gunakan sbb itu susah sangat nak bagi dan bagi bermcm2 alasan. Rakyat tak blh nak ditipu sekarang ini. Duit KWSP tu hak pencarum bknnya hak kerajaan.yang pihak kerajaan susah sangat nak bagi tu jadi tanda soal. Sampaikan kerajaan suruh yg dlm kesusahan pergi meminjam dibank sedangkan mereka masih ada duit KWSP.

  10. Bodoh punya menteri … Ko byk duit boleh lah… Skrg rakyat tgh susah…duit rakyat bg jelah apa yg susah sgat…. Ke duit rakyat pon ko nk makan… Bodoh!!!!

  11. KWSP tu simpanan kami jadi terpulang pd kami la nk keluarkan ke tidak.bukwn mintak duit mak bapak kalau lah menteri bangang.kau tau ke umur setiap org tu sampai ke 55@60tahun???ke engkau dah songlap duit kwsp kami tu buat joli?

  12. Yea betul,yab tengku zafrul tak payah cakap banyak pasal benda lama Dan pasal Hari tulah apelah,alasan taknpayah, menteri mempunyai bwang gaji tinggi tak pelah,dia senang lagipun Ada allowance Dan pencen Lepas dia tk Ada jawatan,Kita rakyat Ada ape, sekarang bank tak mahu tolong, pertolongan kerajaan lambat, macamana nak survive,lagi Tanya Sama Kita mengapa perlu keluar kwsp,Ini Wang Kami ,susah Kami Yang Rasa bkn menteri Rasa,tak Kan kerajaan nak ambil kwsp duit Kami nak belanja,Kami nak duit one off utk perbaiki keadaan Kami ,selepas pkp pun Kita belum stabil,sebab banyak faktor Dan ada Kaji oleh kerajaan tentang susah Kami,jika Kami senang Kami pun tak nak ambil Wang kwsp,tapi Kami susah banyak perlu diselesaikan,yab perlu fikir,jgn fikir dia otak sendiri,saya pun dah banyak ,Minta rakyat Kita semua diberi Wang kwsp one off utk survive,ya Allah tlg lah Kami tq,saya pun banyak susah dia orang tahukah Dan kawan kawan saya pun banyak susah,menteri kena fikir jgn cakap saja,duit Kami bagilah bkn duit bank,jika Dgn bank hutang lagi buat ape ,saya harap semua Akan dipermudahkan

  13. Assalamualaikum yab tengku zafrul dan org sekutunya tu yg beria ia sangat suarakan jgn luluskan pengeluaran Rm10k one off tanda sokong pada keputusan kwsp agar jgn di luluskan Rm10k one off, otak ada simpan mana dia ingat 1 minggu tak makan terus jadi tua palau, ini cerita mau tunggu tua tu makan 13 tahun lah bongong punya menteri bukan 13 hari baru tua ko ingat rakyat ni makan beteri kah palu, senang ko cakapi pasal ko ada kerja dan ada duit senang lag cakap palui… Aku beli kamu punya cadangan tapi kalau kamu mau juga lah beli aku punya Nah sini ko call aku kita live buat siaran langsung di tv semua yg berjawatan atau yg mahu gagalkan agar jgn luluskan pengeluaran kwsp Rm10k one off, sama² kita rasa bah kalau kamu rasa boleh tunggu hari tua nah harta kamu tu sama kemasukan gaji ka. U tu jgn kamu terima guna pakai tampa ada pendapatan bulanan, seperti rakyat kami yang tiada pendapatan bulanan ni yg kamu mahu kami tunggu terima di hari tua, senang lah kamu cakap macam itu pasal kamu ada duit ada pendapatan setiap bulan masuk, yang kami ni apa tiada kerja kami, saya boleh bah tidak payah keluarkan kwsp Rm10k one off
    kalau kamu pun boleh kita sama sama rasa, ko faham kah apa aku maksudkan, pendek cerita sama² kita bawak 1 keluarga kita kamu pun kena ikut cara hidup rakyat mcm kami tiada pendapatan kemasukan bulan, kalau ko boleh tahan saya salat ko,

  14. Wake lu la …duit orang pun nk simpan Ke….cakap je la..kwsp dh guna duit org habis…kwsp buat bangunan baru boleh plak..duit tu Mai mana…

  15. Bodoh tak paham bahasa. KWSP tu hak rakyat tak payah alasan pasal hari tua. Ikut sja tuntutan rakyat. Bukan mintak duit kerajaan pun. Duit kami semua tu yg kami simpan berpuluh tahun. Masa ni lah kami nak guna. Apa yg susah sangat. Bagi kami yg simpan cecah ratusan ribu dlm tu bagi sja la tanpa syarat. Mana2 ahli yg simpanan kurang bagi depa pilihan. Utama kan yg memerlukan. Banyak yg tertunggak sejak covid 19 melanda.

  16. Persatuan pekerja menyokong bagai…. Ada ke dia tanya ahli dia yang termasuk dalam kesusahan. Rasanya ramai yang nak duit kwsp.
    Kenanyakan yang bercakap kwsp utk hari tua tu orang yang banyak duit.
    Dengarlah rintihan rakyat kalau mahu jadi kerajaan lagi.

  17. Zaman sekarang mati tidak lagi mengenal usia terutama ketika covid ni.. Bernafas di pagi hari jangan mengharap akan bernafas hingga ke petang.. Bernafas di petang hari jangan mengharap akan bernafas hingga ke malam.. Dan jika masih bernafas di malam hari jangan pula mengharap akan bernafas hingga ke pagi.. Jadi janganlah bercakap tentang bekalan di hari tua sedangkan di masa muda lagi sudah tiada bekalan untuk ke hari tua.. Berilah hak rakyat yang rakyat mahukan.. ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH.. ADAKAH ANDA SEORANG ISLAM??? Apa yang anda akan jawab bila disoal di depan Allah nanti? Adakah anda akan berikan alasan berkaitan SAHAM NEGARA??? Muhasabah diri anda akan dapat jawapannya.. Aamiin.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker