Tindakan ‘samseng’ hantuk kepala, Safiq Rahim digantung

Sebaran :

Tindakan ‘samseng’ hantuk kepala, Safiq Rahim digantung

Tindakan ‘samseng’ pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menghantukkan kepala ke muka pemain lawan akhirnya memakan diri apabila digantung tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, pemain tengah itu didapati melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakan berkelakuan ganas ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada 26 November lalu.

Bagaimanapun, penggantungan tiga aksi itu berkuatkuasa secara automatik dalam aksi final Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City, manakala dua lagi aksi bermula sebaik saja saingan musim baru membuka tirainya Februari nanti.



“Baki penggantungan dua lagi perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah berkuat kuasa serta-merta pada perlawanan rasmi pemain ini yang pertama dan kedua di perlawanan Liga Malaysia yang berikutnya sama ada musim yang sama atau musim hadapan.

“Ia tanpa mengira mana-mana pasukan pemain ini didaftarkan. Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali kelima bagi penggal 2021-2025 itu.

Selain itu, Baljit turut memutuskan pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya digantung selama dua bulan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bolasepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya dan didenda sebanyak RM10,000.

Begitupun, tempoh penggantungan itu disingkatkan kepada sebulan dahulu dengan sebulan lagi ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini.



“Pegawai ini (Rezal) melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 7 dan Artikel 82 Statut FAM atas tindakannya yang membuat kenyataan/komen semasa temu ramah berhubung isu yang membabitkan FAM tanpa kebenaran.

“Kenyataan atau komen semasa temu ramah yang dibuat oleh beliau memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM, selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia pada perlawanan Piala Malaysia membabitkan Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 30 September lalu.

“Bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana pegawai ini dikenakan penggantungan selama satu bulan pertama dahulu dan baki satu bulan kedua adalah ditangguhkan tertakluk kepada kepada kelakuan baik pegawai ini.

“Jika pegawai ini melakukan apa-apa perlanggaran yang terkandung di dalam Kod Tatatertib FAM dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan satu bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap pegawai ini. Keputusan denda boleh dirayu,” katanya. HM



Tindakan ‘samseng’ hantuk kepala, Safiq Rahim digantung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *