Bantuan Keluarga Malaysia: Pendaftaran baharu, kemas kini dibuka hari ini

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan mulai hari ini (1 Jan) sehingga 31 Jan 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Pada masa sama, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

Jadual Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

“Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.



“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Data tersebut merangkumi:

1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;

2. Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;



3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;

4. Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ini hujah Tengku Zafrul kenapa pengeluaran KWSP tidak diberikan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *