Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral

Sebaran :

Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral

Kali ni kita nak share resepi maggi berkuah kari versi tumis yang meriah dengan segala bahan yang ada di dapur.

Kalau time hujan ke..atau tgh santai-santai kat rumah dah bosan tak tahu nak masak apa, memang layan kalau masak megi kari ni.

Kalau masak kat rumah kita boleh letak apa-apa saja bahan yg kita suka.



Kita kongsi cara macam mana kita olah maggi kari ni dari bahan asal supaya lebih pekat dan lebih sedap rasa maggi kari nya. Dengan telur separuh masuk yg kita sediakan bersama kuah kari tu..mantap betul bila hidang.

Masa Penyediaan: 20 minit, Masa Memasak:15 minit, Jumlah Hidangan:3-4 orang

Bahan-Bahan:

3 bungkus mee segera kari
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah kecil
Sayur sawi
batang karot
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
6-8 ekor udang
3 ekor sotong
5-6 cawan air
6-8 tangkai cili padi
1 biji tomato
Limau nipis



Cara Penyediaan:

Potong cili padi, bawang putih, bawang merah, karot (potong memanjang macam mancis), daun sawi (asing daun dan batang), tomato, limau nipis, sotong dan udang (trim buang misai dan buang tali hitam).
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan putih. Masukkan batang sawi dan karot.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk cili, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau sekejap.
Masukkan serbuk perencah, udang dan sotong kemudian kacau sekata (masak sampai udang kurang dari separuh masak).
Masukkan air dan masak sampai mendidih. Masukkan mee segara kering, cili padi, telur, daun sawi dan tutup sekejap (sampai telur bahagian atas masak).
Masukkan tomato dan hidang dengan perahan limau nipis.

Tips:

Cili padi, Che Nom biasanya belah hujung sikit tak nak pedas sangat bila masak.
Boleh ganti sayur bok choy, kobis cina atau bayam.
Boleh ganti sotong dan udang dengan ayam, daging atau bebola.



Resepi Che Nom

Resepi Maggi Kari Sup Pedas Viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *