Askar dituduh rompak dua beradik

Askar dituduh rompak dua beradik

IPOH – Seorang askar dari unit polis tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan terhadap dua beradik perempuan di kawasan kebun kelapa sawit di Manjung, dua minggu lalu.

Tertuduh, SR Alex Praba, 21, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, lelaki berpangkat lans koperal itu didakwa melakukan rompakan ke atas wanita berusia 27 tahun di kawasan kebun kelapa sawit bersebelahan Jalan Kampung Paya Nibong Ayer Tawar, Manjung sekitar pukul 12.15 tengah malam, 21 Disember lalu.

Dia turut didakwa melakukan rompakan ke atas adik mangsa berusia 20 tahun di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin menawarkan wang jaminan RM10,000 terhadap tertuduh namun peguam, Vivien Michelle yang mewakili lelaki itu memohon wang jaminan dikurangkan kerana tertuduh merupakan anak tunggal dan menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan lain sehingga kes selesai dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan semula kes. K Online

Askar dituduh rompak dua beradik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker