Mayat wanita lemas hanyut 40km

Mayat mangsa ditemui hanyut di Sungai Ulu Sugut Karagasan, iaitu kira-kira 40km dari kampungnya di Kampung Lobou Lama Timbua, Ranau.

RANAU – Seorang wanita ditemui lemas di Sungai Ulu Sugut Karagasan, iaitu kira-kira 40 kilometer (km) dari kampungnya di Kampung Lobou Lama Timbua, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa Elly Jumat, 35, ditemui hanyut selepas dilaporkan hilang pada hari yang sama.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 55km dari balai.

“Mangsa yang dilaporkan hilang telah berjaya dijumpai oleh orang awam di sungai terbabit iaitu 40 kilometer dari kampung mangsa.



“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.

Katanya lagi, keadaan lokasi tiada talian telefon dan liputan Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) menyebabkan maklumat lewat diterima.

“Operasi ditamatkan pada jam 2 petang selepas mayat mangsa diserahkan kepada polis, ” katanya.

Mayat wanita lemas hanyut 40km




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?



Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker