Guna MySJ Trace atau kami mungkin wajibkan, Khairy beri amaran

Guna MySJ Trace atau kami mungkin wajibkan, Khairy beri amaran

Kerajaan tidak menolak kemungkinan memaksa pengguna MySejahtera mengaktifkan ciri baharu yang dilancarkan menggunakan teknologi Bluetooth untuk pengesanan kontak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata kementeriannya kini menggalakkan penggunaan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace) yang dilancarkan Ahad lalu, tetapi jika kes Covid-19 meningkat, “langkah lebih ketat” diperlukan.

“Saya rasa apabila kita memperkenalkan sesuatu yang baharu, perkara pertama ialah menggalakkan orang menggunakannya,” katanya dalam sidang media.

“JIka ramai tidak menggunakan ciri MySJ Trace, ia tak berguna. Kita perlu mempunyai sejumlah orang yang menggunakannya untuk mengesan kontak kasual.

“Jadi, buat masa ini, kita menggalakkan. Tetapi, jika situasi lebih meruncing dan tidak ada penggunaan tinggi, mungkin kita mesti wajibkan untuk kemasukan ke premis-premis.

“Tetapi, kita tak mahu buat begitu. Mesej daripada orang ramai sangat jelas, jangan paksa lagi. Jadi kita ambil pendekatan yang menggalakkan dan menasihati penggunaan ciri ini.”

Fungsi MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokong (FTTIS), yang digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengawal penularan Covid-19.

Apabila seorang individu disahkan positif Covid-19, satu notifikasi akan dihantar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan kebenaran bagi berkongsi maklumat kontak rapat mereka.

Jika individu itu memberi kebenaran, MySejahtera, akan memberi akses kepada KKM kepada maklumat itu supaya ia boleh melakukan penilaian risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan melalui Bluetooth – dengan KKM kemudian boleh mengenal pasti dan mengesan kontak rapat.

Khairy berkata, beliau mengadakan mesyuarat maya, hari ini, dengan wakil persatuan seperti Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Prasarana, yang semuanya bersetuju untuk menggalakkan pengunjung menggunakan ciri MySJ Trace ketika berada dalam premis mereka.

Katanya, ciri itu akan memastikan rakyat boleh hidup dengan Covid-19 menerusi kaedah selamat dan bertanggungjawab, peralatan sedemikian akan memastikan kerajaan tidak perlu menggunakan langkah ketat seperti “lockdown”.

Mengenai kebimbangan terhadap hayat bateri telefon, Khairy berkata, ciri MySJ Trace tidak banyak menghabiskan bateri.

Mengenai privasi data, beliau memberi jaminan data yang dikumpul hanya akan disimpan selama 14 hari dan boleh digunakan KKM sahaja.

“Kita memerlukan rakyat menggunakan teknologi ini. Apabila anda ke tempat awam seperti restoran atau pusat beli-belah atau menaiki pengangkutan awam, aktifkannya (Bluetooth). Ia demi keselamatan anda.” FMT

Guna MySJ Trace atau kami mungkin wajibkan, Khairy beri amaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker