434 mangsa banjir dijangkiti Covid-19

434 mangsa banjir dijangkiti Covid-19

Seramai 434 mangsa banjir disahkan positif Covid-19 dengan 14 jangkitan direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 78 kes penyakit berjangkit turut dikesan dalam kalangan mangsa banjir dengan paling tinggi membabitkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) iaitu 53 kes.



“Turut direkodkan ialah 17 kes penyakit kulit, empat gejala acute gastroenteritis (AGE) serta masing-masing dua kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta konjunktivitis,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sehingga petang tadi, beliau berkata, sebanyak 19,099 mangsa banjir yang masih terjejas ditempatkan di 121 PPS di lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Tiada kluster baharu dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Ini menjadikan setakat ini, hanya satu kluster dilaporkan di PPS iaitu membabitkan 10 kes,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan status risiko Covid-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif atau dikenal pasti sebagai kontak rapat supaya tindakan dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan. HM



434 mangsa banjir dijangkiti Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?



Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker