Amaran cuaca buruk 28 Disember 2021



Amaran cuaca buruk 28 Disember 2021

Penduduk di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan amaran cuaca buruk hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan kawasan Betong dan Sarikei (Pekan dan Julau) di Sarawak.

“Bagi negeri Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta di sekitar Pantai Barat (Papar).

“Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan keseluruhan WP Labuan,” katanya di sini hari ini.




Sementara itu, keadaan buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 2 petang nanti.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran,” katanya. K Online

Amaran cuaca buruk 28 Disember 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Leave a Reply

Your email address will not be published.