Lagi dugaan Ebby Yus setelah rumah hanyut

Lagi dugaan Ebby Yus setelah rumah hanyut

Selepas rumahnya di Hulu Langat musnah akibat banjir baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, dimasukkan pula ke hospital sejak empat hari lalu.

Ebby bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi hospital tempat dia ditahan.



“Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai sakitnya yang menjadi punca dia ditahan, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid juga masih menantikan maklumat daripada pihak hospital.

“Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray,” katanya.

Ebby ketika dihubungi hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya juga agak lemah.



Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan, lenyap dibawa arus di Hulu Langat, Selangor. HM

Lagi dugaan Ebby Yus setelah rumah hanyut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker