2 maut dirempuh treler di lorong kecemasan

2 maut dirempuh treler di lorong kecemasan

Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lorong kecemasan Kilometer 241.6, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), Rembau.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam tadi, mangsa yang juga pemandu lori, Saifuddin Abdullah, 50, dan penunggang motosikal, R Morgana Krishnan, 49, dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati pemandu lori itu berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak.

“Kemalangan ini membabitkan tiga kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler. Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak.

“Kemudian datang lori treler dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang merempuh pemandu lori dan penunggang motosikal yang berdiri di sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Hazri berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Menurutnya, lori treler telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan usaha untuk mengesan pemandu sedang dijalankan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. FMT

2 maut dirempuh treler di lorong kecemasan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker