DUN Melaka beri penghormatan kepada `Abang Viva’

DUN Melaka beri penghormatan kepada `Abang Viva’

Melaka: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29 atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’, yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata, beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Yang membanggakan kita adalah beliau pergi ke sana dengan menggunakan kereta (Perodua) Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbungnya dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta dan RM30 bagi membeli makanan untuk mengalas perut.

“Jadi, apa salahnya kiranya kita mengucapkan tahniah dan penghormatan kepada sukarelawan hero orang Melaka ini dengan kita semua memberikan tepukan semangat kepada ‘Abang Viva’,” katanya.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir pada minggu lalu, dengan berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.

Sementara itu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, yang dijadualkan berlangsung empat hari dipendekkan kepada satu hari sahaja, hari ini berikutan penularan kes COVID-19 membabitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), selain ada yang menjadi kontak rapat pasangan serta pegawai masing-masing.

Dalam pada itu, Sulaiman turut mengumumkan, kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 bagi membeli bot untuk digunakan dalam misi menyelamat mangsa banjir di negeri itu sebagai persediaan menghadapi musibah pada masa akan datang.

Beliau, yang mewakili kerajaan negeri, turut bersimpati dan melahirkan rasa dukacita atas bencana banjir yang melanda negara, baru-baru ini sehingga menyebabkan beberapa negeri ditenggelami air dan rakyatnya memerlukan bantuan segera.

Kerajaan negeri juga memberi bantuan one-off melalui pembukaan akaun SSPN-I bernilai RM150 bagi setiap kelahiran bayi baharu, bermula 12 tengah malam tadi hingga 11.59 malam ini. BH

DUN Melaka beri penghormatan kepada `Abang Viva’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker