Amaran cuaca buruk di 7 negeri

Amaran cuaca buruk di 7 negeri

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebbok berkata, kesemua kawasan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menerima cuaca buruk sehingga petang nanti.



Menurut MetMalaysia, di Perak amaran tersebut melibatkan kawasan Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor, kawasan terlibat adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu dan beberapa daerah di Sarawak seperti Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang.

“Di Sabah, kawasan terlibat adalah sekitar pendalaman Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan serta Pantai Barat dan Sandakan (Tongod),” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang hari ini.



Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan melibatkan tiga kategori utama.

“Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer per jam (kmsj) dengan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui, selatan Bunguran, selatan Reed South dan Sulu melibatkan kategori pertama.

“Bagi amaran kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter melibatkan kawasan perairan Tioman, utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Labuan, Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” ujarnya.

Selain itu, amaran yang sama melibatkan kategori ketiga dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dengan kelajuan angin melebihi 60 kmsj dengan ketinggian melebihi 4.5 meter.



“Amaran angin kencang dan laut bergelora itu dikeluarkan bermula hari ini sehingga 2 Januari 2021,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan keadaan buruk ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. K Online

Amaran cuaca buruk di 7 negeri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker