Adun Hulu Klang lepas tangan – Shahril

Adun Hulu Klang lepas tangan – Shahril

Umno hari ini menyangkal dakwaan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, yang menuduh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berniat buruk semasa menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Shahril Hamdan, berkata dakwaan Saari itu adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.



“Kenyataan beliau seolah-olah ingin melepaskan tangan dan hanya ingin menuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil apa-apa tanggungjawab bagi diri sendiri,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu Saari mendakwa Ismail Sabri tidak menghiraukan rayuan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang “memohon bantuan segera ketika banjir semakin teruk” pada malam Jumaat (17 Dis) lalu.

“Apakah terdapat niat jahat atau mala fide Ismail Sabri terhadap kerajaan Selangor?

“Dengan itu, saya menyeru rakyat Selangor terutama yang menjadi mangsa banjir ini dan mempunyai bukti-bukti untuk membuat dakwaan mala fide dan pengkhianatan Ismail Sabri terhadap mereka di mahkamah,” katanya pada satu kenyataan semalam.



Bagaimanapun Shahril berkata, pada 17 Dis itu, agensi pengurusan bencana telah memberikan taklimat mengenai taburan hujan yang jarang berlaku hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Susulan taklimat itu, katanya, perdana menteri mengarahkan segala kementerian berkaitan termasuk kementerian pertahanan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengerakkan aset masing-masing bagi tujuan operasi menyelamat, mengurus, dan menyelaras di semua kawasan.

“Seperti yang saya sebut dalam hantaran sebelum ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu, namun ia tidak sempurna dan kekurangan itu wujud.

“Ahli politik dan pihak berkuasa perlu terbuka menerima kritikan dari rakyat.



“Tetapi sekarang ini masanya untuk kita sebagai pengamal politik yang diberikan amanah dan tanggungjawab memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Bukan menaikkan kemarahan rakyat dan tuduh-menuduh,” katanya.

Tambah Shahril perdana menteri bergegas ke pusat kawalan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi menyelaras tugasan dan tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

“Pagi Ahad pula, perdana menteri ke Telok Gong di Klang bagi melawat mangsa banjir di Klang, beliau terus mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar memberi segala kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Pada hari yang sama (19 Dis) perdana menteri terus mengumumkan pakej bantuan kepada mangsa banjir,” jelasnya.



Menurut Shahril lagi tuduhan Shaari itu amat berat dan hujah yang digunakan adalah kerana pengerusi majlis keselamatan negara (MKN) Selangor bukan menteri besar Selangor.

“Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, menunding jari tidak membina dan tidak produktif. Saya tak mahu politikkan isu ini.

“Tetapi Pahang dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah. Meskipun begitu, keadaan terkawal kerana menteri besar Pahang bertindak awal dan telah pun bersedia untuk menghadapi banjir,” tegasnya. Mk

Adun Hulu Klang lepas tangan – Shahril




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker