Berat badan naik mendadak hingga 15 kg
Berat badan naik mendadak hingga 15 kg
Menyertai kumpulan sokongan dapat membantu individu sentiasa berfikiran positif dan rasional terutama dalam mengharungi situasi pandemik COVID-19.
Kumpulan sokongan berperanan sama seperti rakan yang dapat membantu dalam pelbagai permasalahan.
Ibu kepada empat anak, Leny Adam, 46, mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi pandemik COVID-19 membuka mindanya mengenai kepentingan kumpulan sokongan.
Katanya, pada PKP lalu, beliau berdepan pelbagai kesukaran, namun berjaya bangkit semula dengan bantuan kumpulan sokongan yang baru dikenali.
Pada mulanya, beliau beranggapan PKP yang diumumkan pada Mac tahun lalu masa terbaik meluangkan masa bersama keluarga.
Namun, katanya selepas hampir sebulan berkurung dalam rumah, mula rasa terbeban kerana selain perlu menguruskan rumah tangga, sebagai seorang pengurus pemasaran, beliau juga perlu bekerja dari rumah.
“Tekanan bertambah apabila sentiasa memikirkan bila pandemik akan berakhir kerana sudah tidak mampu menanggung beban dilalui.
“Apabila masuk bulan ketiga, tiba-tiba pada suatu pagi saya merasa seperti takut dan badan berpeluh, sedih sehingga menangis. Saya enggan keluar bilik langsung.
“Kemudian menelefon doktor untuk mendapatkan nasihat dan dimaklumkan saya terlalu banyak berfikir hingga jadi begini,” katanya.
Leny yang juga pemilik syarikat, Bigdale Services & Marketing berkata, doktor kemudian menasihatinya supaya mengambil angin di luar dengan berjalan atau berjoging dan ketika itu kebetulan diberi kelonggaran berbuat demikian.
Katanya, sejak itu setiap pagi beliau akan berjoging di kawasan rumah dan akui fikirannya menjadi lebih tenang.
“Mujur saya cepat mendapatkan nasihat pakar, jika tidak sudah pasti keadaan tambah teruk,” katanya.
Lebih membimbangkan, berat badannya naik mendadak sehingga 15 kilogram (kg), iaitu melebihi 80 kg dalam tempoh lima bulan, membuatkannya kembali resah.
Beliau kemudian berjumpa seorang rakannya menyertai satu kumpulan yang menyediakan program menurunkan berat badan.
“Saya sempat mengikuti kelas itu secara fizikal selama beberapa minggu sebelum PKP disambung semula.
“Saya menukar gaya hidup dan pemakanan. Kini selepas lebih setahun saya berjaya menurunkan semula berat badan kepada asal.
“Malah, saya berasa lebih sihat mental dan fizikal serta sentiasa bertenaga,” katanya.
Leny berkata, menariknya kelas disertainya menjadi kumpulan sokongan terbaik sebagai platform berkongsi pelbagai masalah dihadapi.
“Dengan berkongsi masalah dan saling membantu ia dapat mengurangkan beban masalah yang ada dan mengeratkan hubungan.
“Selain bertemu, kami juga turut mengadakan aktiviti bersama di luar seperti mengikuti pelbagai aktiviti lasak diadakan,” katanya.
Beliau berkata, dengan kumpulan sokongan secara tidak langsung dapat memperkasakan semula kedudukan wanita.
“Saya bersyukur menemui kumpulan sokongan ini walaupun tujuan asal menyertai kerana mahu menurunkan berat badan, namun kini kami sentiasa membantu antara satu sama lain.
“Sekarang ini, setiap daripada kami turut mencari dan membantu rakan lain yang berdepan masalah dan berusaha membantu mengikut keperluan mereka.
“Antaranya kami bantu dari segi kewangan kerana ada yang terkesan akibat pandemik ini,” katanya.
Leny berkata, beliau bersyukur seisi keluarga memberi sokongan mengikuti kelas itu.
Kini anak-anaknya juga sering mengingatinya supaya tidak culas bersenam.
“Apa yang membuatkan keluarga menyokong kerana mereka melihat perubahan pada diri saya sekarang lebih rasional dan toleransi kerana mental dan fizikal semakin sihat,” katanya.
Justeru katanya, orang ramai terutama wanita yang mempunyai sebarang masalah, perlu berusaha mencari rakan atau kumpulan sokongan yang betul supaya masing-masing mendapat manfaat daripadanya. BH
Berat badan naik mendadak hingga 15 kg
Baca Artikel Menarik :
- Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin
- Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan
- Banjir: Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun
- Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah
- Pasangan curang boleh disaman – peguam
- Stail rambut sikat tepi tak salah, yang salah…
- Reza Hasbi beri penjelasan mengenai love bite di lehernya (Video)
- Nama Hanafi Popular Kerana Kecurangannya Didedahkan [VIDEO]
- Shila Amzah dah fail cerai tapi suami….
- Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu
- Walau kena libas, aksi menyelamat tetap diteruskan
Layari Laman Facebook MYKMU</a