Kerajaan Baru Sabah Gabungan BN Dan WARISAN

Oleh Nurul Aisyah

NEGERI Sabah bakal mendapat kerajaan Baru yang lebih progresif apabila Barisan Nasional(BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bakal membentuk gabungan bagi memerintah negeri di bawah bayu itu. Desas desus ini makin bertiup kencang dan para penganalisis politik menjangkakan kerajaan baru ini akan terbentuk dalam masa terdekat.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Barisan, Perikatan dan PBS memenangi pilihan raya mengejut Sabah tahun lepas, Ketua Menteri Sabah dipilih daripada PPBM walaupun kerusi yang dimenangi BN jauh lebih banyak dari PPBM. Perkara tersebut tersebut mungkin menjadi salah satu faktor pendorong pembentukan kerajaan baru ini.

Untuk makluman, beberapa ahli politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang untuk mendaftarkan gabungan tidak rasmi yang kini longgar sebagai parti politik. Ia wajar segera didaftar sebagai gabungan politik yang rasmi dalam usaha memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu, kata Pengerusi Kelab Backbenchers GRS, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan itu berkata, usaha mengukuhkan GRS amat penting bagi menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Sabah terutama dalam membangunkan ekonomi negeri, mencipta peluang pekerjaan dan mempersiap generasi muda sebagai pemimpin masa depan.

Malah terdapat rancangan untuk ADUN dan Ahli Parlimen PPBM di Sabah untuk menyertai parti tempatan. Mereka dilaporkan merasakan PPBM adalah kapal yang karam sejak presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan jawatan perdana menteri dan parti itu hanya memenangi dua kerusi dalam pemilihan Melaka baru-baru ini.

Parti itu, yang terdiri daripada ahli politik PPBM dan Warisan, akan menjadi sebahagian daripada gabungan GRS dengan SAPP (Parti Progresif Sabah), Sabah Star dan ahli politik dari Umno dan Warisan. GRS akan dijenamakan semula sebagai gabungan berasaskan Sabah, dan jangan terkejut jika ia akan bertanding pada PRU15 dan bukannya Perikatan pada 2022.

Parti Warisan sebenarnya mendapat tempat di hati rakyat jika dilihat pada jumlah undi popular namun berlaku kesilapan apabila memilih calon yang tidak popular di beberapa lokasi antaranya di DUN Matunggong dan Pitas dalam PRN Sabah yang lalu.

Menurut kaji selidik yang dijalankan, pembentukan kerajaan baru yang terdiri dari BN dan WARISAN ini sangat dialu-alukan oleh rakyat Sabah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker