Ambil kira kepentingan rakyat sebelum tamatkan penggunaan Touch n Go, SmartTAG

Sebaran :

Ambil kira kepentingan rakyat sebelum tamatkan penggunaan Touch n Go, SmartTAG

Kementerian Kerja Raya perlu mengambil kira beberapa perkara penting yang melibatkan rakyat sebelum menamatkan penggunaan Touch ’n Go dan SmartTAG pada penghujung 2023, kata Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup di Dewan Negara baru-baru ini, Presiden PPMM Che Hassan Che Johan membangkitkan dua perkara berhubung akses talian internet untuk tambah nilai Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dan bayaran semula kepada pengguna SmartTAG.

“Pertama, adakah mesin SmartTAG yang pengguna beli dengan harga hampir RM100 sebelum ini akan dibayar ganti oleh pihak yang berkenaan dengan separuh harga atau pulangkan wang harga sepenuhnya?



“Kedua, bagaimana dengan pengguna SmartTAG, warga emas dan mereka yang tiada akses kepada internet?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Che Hassan, cadangan untuk memperluaskan penggunaan RFID tidak sesuai untuk digunakan di kawasan luar bandar atas faktor capaian internet yang tidak memuaskan.

“Yang untung pihak Plus bukan pengguna. Jadi PPMM gesa semoga kerajaan kekalkan satu atau dua lorong untuk pengguna SmartTAG untuk setiap plaza tol di negara ini,” katanya.

Pada 20 Dis, Arthur berkata kementeriannya menyasarkan 60 peratus penggunaan teknologi RFID bagi pembayaran tol pada akhir 2022.



Dia berkata penggunaan kad Touch ’n Go dan SmartTAG kemungkinan akan diberhentikan pada penghujung 2023, di mana ia akan diberhentikan secara berperingkat. Mk

Ambil kira kepentingan rakyat sebelum tamatkan penggunaan Touch n Go, SmartTAG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *