Kim Jong Un ahli politik ketiga paling dicari pengguna internet
Kim Jong Un ahli politik ketiga paling dicari pengguna internet
SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, ahli politik ketiga paling dicari oleh pengguna internet di seluruh dunia tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Purata bulanan carian dalam talian untuk Jong Un adalah sebanyak 1.9 juta, di belakang Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, yang mendahului senarai dengan tujuh juta carian dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sebanyak dua juta, menurut firma analisis data Jerman, Statista.
Bekas Canselor Jerman, Angela Merkel di tempat keempat dengan 1.4 juta carian.
Kata kunci paling dicari berkaitan dengan pemimpin Korea Utara itu ialah ‘penurunan berat badan’, menurut satu lagi analisis oleh Google Trends.
Pada Jun, Jong Un, 37, muncul pada satu acara yang menampakkan badannya yang semakin susut, menjadi tumpuan umum dan menimbulkan spekulasi mengenai kesihatannya.
Menurut Agensi perisikan Korea Selatan, Jong Un yang seberat 140 kilogram (kg) dikatakan hilang berat badan sebanyak 20 kg tetapi kelihatan tidak mempunyai masalah kesihatan serius. Sinar
Kim Jong Un ahli politik ketiga paling dicari pengguna internet
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a