236 tumbukan ubah wajah Gutierrez

236 tumbukan ubah wajah Gutierrez

TAMPA, Florida: Wajah Mi­riam Gutierrez hampir tidak dapat dikenali selepas dia menerima 236 tumbukan daripada Amanda Serrano sepanjang pertarungan 20 minit di Amalie Arena, Florida kelmarin.

Dalam pertarungan tinju kelas lightweight itu, Serrano melepaskan 37 tumbukan hanya pada pusingan pertama.

Petinju dari Puerto Rico itu kemudian meraih kemena­ngan ke atas Gutierrez dengan keputusan sebulat suara ­pe­ngadil selepas tamat 10 pusi­ngan.

Serrano berjuang untuk memastikan dia dapat menentang jaguh tinju Ireland, Katie Taylor, sekali gus bakal menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju wanita.

Selepas menyebabkan muka lawannya bengkak teruk dan berubah daripada wajah asal, Serrano menyuarakan rasa hormat terhadap ketabahan Guterrez.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Miriam Gutierrez. Dia tidak lemah.

“Dia lawan yang kuat. Dia beritahu keadaannya lebih baik kali ini berbanding ketika bertarung dengan Katie Taylor sehingga terpaksa berehat selama setahun.

“Dia baru sahaja bertarung bulan lalu dan dia memenangi pertarungan itu. Saya bertarung de­ngan Gutierrez seorang pe­ninju yang hebat,” katanya. Utusan

236 tumbukan ubah wajah Gutierrez


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker