JKR kongsi tiga laluan ke Pantai Timur

Sebaran :

JKR kongsi tiga laluan ke Pantai Timur

Bagi mereka yang merancang untuk ke tiga negeri Pantai Timur ketika ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) ada berkongsi beberapa laluan yang masih boleh dilalui pengguna jalan raya.

Laluan yang dikongsi di laman Facebook JKR Malaysia itu membabitkan pengguna dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurut JKR Malaysia, bagi mereka yang ingin ke Kelantan, laluan yang boleh dilalui adalah Kuala Lumpur – Mempaga – Raub – Sungai Koyan – Padang Tengku – Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kota Baharu.



Selain laluan tersebut, JKR Malaysia memaklumkan, pengguna juga boleh melalui laluan dari Kuala Lumpur – Ipoh – Gerik – Jeli – Tanah – Kota Bharu.

“Bagi pengguna yang ingin ke Terengganu mereka boleh mengikut laluan Kuala Lumpur – Seremban – Kuala Pilah – Bahau – Bandar Sri Jempol – Bandar Tun Razak – Muadzam Shah – Gambang – Keluar Gambang – Kuala Terengganu.

“Untuk ke Pahang pula, Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Kuala Pilah – Bandar Sri Jempol – Bandar Tun Razak – Muadzam Shah – Gambang – Keluar Gambang – Keluar Kuantan – Kuantan,” katanya di sini hari ini. K Online

JKR kongsi tiga laluan ke Pantai Timur




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *