Tolak bahas isu banjir, Speaker abai tanggungjawab – Tok Mat
Tolak bahas isu banjir, Speaker abai tanggungjawab – Tok Mat
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menolak usul tergempar membahaskan krisis banjir di Parlimen sebagai tidak sensitif, tidak berparlimen dan pengabaian tanggungjawab yang serius.
Katanya, tiada agenda lebih besar dan utama daripada krisis banjir yang melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu.
“Tiada aturan mesyuarat yang boleh mengatasi kepentingan rakyat kebanyakan yang kehilangan harta benda, nyawa dan memerlukan segala usaha penyelamatan yang segera.
“Tiada siapa yang lebih besar di Parlimen, selain rakyat dan kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Azhar tidak membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda lima negeri minggu lalu.
Azhar dilaporkan berkata, perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat sidang Dewan Rakyat semalam.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Parlimen adalah medan utama untuk membincangkan semua kemaslahatan negara dan rakyat, oleh itu ia sepatutnya berperanan sebagai Parlimen kelas pertama dan bukannya institusi “biasa-biasa”.
“Nampaknya, Malaysia semakin mundur ke belakang dalam kematangan demokrasinya, jika kita mempunyai kepimpinan Parlimen yang lebih mengutamakan aturan mesyuarat daripada akauntabiliti kerajaan kepada rakyat. Parlimen Malaysia sewajarnya lebih baik daripada apa yang ada pada waktu ini.
“Ia bukan institusi pegun dan hanya berfungsi mengikut agenda mesyuarat rutin. Ia adalah institusi moral dan demokratik yang paling utama dalam hidup berbangsa dan bernegara.”
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Parlimen adalah tempat untuk kerajaan menjelaskan semua tindakan, dalam kuasanya, untuk menangani krisis yang timbul.
“Akauntabiliti kerajaan bukan untuk dijelaskan dalam sidang akhbar. Ia mesti dilakukan di Parlimen, sesuai dengan status dan peranan Parlimen itu.” FMT
Tolak bahas isu banjir, Speaker abai tanggungjawab – Tok Mat
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.