Kilang kicap 100 tahun kotor sangat

Sebaran :

Kilang kicap 100 tahun kotor sangat

GEORGE TOWN – Najis tikus dan bekas penutup kacang soya yang dipenuhi kulat merupakan antara yang ditemui di sebuah kilang pembuatan kicap yang beroperasi sejak hampir 100 tahun lalu di sini.

Malah, tambah menjijikkan apabila pemilik kilang juga didapati memproses kacang soya berhampiran dengan tandas di kilang tersebut yang turut mengeluarkan produk tauchu dan kuah rojak bagi pasaran negeri Utara tanah air.

Pengusaha kilang itu juga didapati masih menggunakan tong gentian kaca yang telah rosak dan pecah untuk memproses perapan kacang soya.



Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, kilang itu telah diarahkan tutup selama 14 hari serta dikenakan tiga kompaun kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Pemeriksaan di kilang kicap ini mendapati terdapat najis tikus di kawasan penyimpanan kicap dan pemilik juga memproses kacang soya berhampiran tandas.

“Kilang ini pernah diserbu tahun lalu dan kami telah menasihati pemilik agar menjaga kebersihan, namun dia masih ingkar dengan arahan,” katanya kepada pemberita sejurus melakukan operasi di kilang itu hari ini.

Menurutnya, tong gentian kaca yang digunakan untuk proses penapaian juga telah lama digunakan dan terdapat kulat serta fungus yang boleh menyebabkan pencemaran silang terhadap bahan makanan itu.



“Kita telah mengarahkan pemilik agar menggantikan tong gentian kaca yang telah rosak dengan segera agar kebersihan makanan terjamin,” katanya. K Online

Kilang kicap 100 tahun kotor sangat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.