Ismail Sabri mahu Pekida terus junjung prinsip amar ma’ruf nahi mungkar
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia perlu terus menjunjung prinsip ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ yang menjadi pegangan dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata Pekida Malaysia perlu menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan bagi menonjolkan imejnya dalam masyarakat untuk menghakis sebarang tanggapan negatif terhadap persatuan itu.
Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar, Ismail Sabri berkata Pekida Malaysia perlu memperkukuhkan peranan khidmat komuniti serta mengaktifkan kembali aktiviti kejiranan berteraskan semangat kekeluargaan sebagai usaha merapatkan ukhuwah silaturrahim antara ahlinya dan masyarakat.
“Melalui aktiviti kemasyarakatan, Pekida sudah tentu mampu berperanan sebagai pengukuh perpaduan dalam Keluarga Malaysia. Begitulah juga sesebuah pertubuhan akan lebih kuat sekiranya seluruh ahli bersepakat dan bersatu padu ibarat sebuah keluarga,” katanya.
Dengan berpegang pada prinsip ‘amar ma’ruf nahi mungkar’, Ismail Sabri ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pekida Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi berkata Pekida Malaysia dapat memandu Keluarga Malaysia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
“Ini kerana Pekida Malaysia sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana membawa imej Islam. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Junjunglah konsep amar ma’ruf nahi mungkar itu demi agama dan negara,” katanya.
Ismail Sabri turut mengalu-alukan Pekida Malaysia untuk membantu kerajaan bagi merancakkan kembali ekonomi negara melalui rangkaian perniagaan yang dimiliki pertubuhan itu.
“Melalui keahlian lebih 350,000 orang seluruh negara, aktiviti keusahawanan dan perniagaan dalam kalangan ahli ini juga menjadi satu kelebihan kerana dapat membekalkan produk yang dihasilkan secara terus kepada pelanggan tanpa melibatkan orang tengah.
“Gunakanlah kepakaran yang ada dalam jemaah untuk membantu ahli khususnya menarik golongan muda dalam meningkatkan kemahiran diri bersesuaian keperluan teknologi terkini seperti ekonomi digital yang menjadi begitu penting sekarang ini khususnya ketika era pandemik,” katanya.
Bagi memperkukuh pentadbiran Pekida Malaysia, Ismail Sabri turut mengumumkan pemberian sumbangan RM200,000 kepada pertubuhan itu selain akan berbincang dengan kementerian berkaitan untuk membantu NGO berkenaan yang banyak terlibat dalam industri peruncitan dan koperasi.
– Bernama
Ismail Sabri mahu Pekida terus junjung prinsip amar ma’ruf nahi mungkar
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi ini