ATM atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir terjejas
ATM atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir terjejas
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula diatur gerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam kenyataan di Facebooknya lewat malam ini, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, langkah itu diambil susulan situasi banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan.
Beliau berkata, antara yang telah berada di lapangan ialah anggota dan aset daripada 11 Briged dan 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.
“ATM juga siap siaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan yang lain yang berpotensi terjejas teruk. ATM dan rakyat berpisah tiada, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
“Kepada orang ramai, pastikan sentiasa berwaspada dan jaga keselamatan diri serta ahli keluarga. Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga SOP semasa berada di PPS. Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih,” katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam perkongsian terbaharu di Twitternya berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon bantuan aset Persekutuan. Sinar
ATM atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir terjejas
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a