Kes SRC: Shafee dakwa banyak lagi bukti disembunyikan
Kes SRC: Shafee dakwa banyak lagi bukti disembunyikan
Peguambela bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mendakwa terdapat lebih banyak bukti dalam kes SRC International yang didakwa telah disembunyikan daripada pengetahuan pihak pembelaan.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang akhbar bahawa pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa dokumen. Susulan itu, mereka akan membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan Najib.
“Dengar desas desus ada lagi keterangan lanjut yang disembunyikan (suppres), yang tak diberitahu (kepada) mana-mana pihak sama ada SPRM atau polis.
“Kita akan masukkan dalam satu lagi permohonan keterangan (bukti) lanjut dan baru,” katanya.
Shafee, yang adalah peguam utama Najib, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti baru yang didakwanya itu.
Katanya, mereka perlu mengesahkan perkara itu terlebih dahulu sebelum mendedahkannya.
“Yang itu kita tak boleh bagi tahu sekarang sebab nak sahkan dulu kalau tidak, kita main cakap atas angin saja,” katanya.
Pasukan peguambela itu menjangkakan mereka akan mampu mengumpulkan semua bukti yang diperlukan dan memfailkan permohonan baru dalam tempoh dua bulan akan datang.
Menurut Shafee, mereka memerlukan masa kerana bukan sesuatu yang mudah untuk berbuat demikian.
“Kadang-kadang nak cari dokumen ini, dalam keadaan banyak pihak berkuasa secara aktif menyembunyikannya daripada kita.
‘Memang susah untuk kita carinya, tetapi insya-Allah kita akan dapat,” katanya. Mk
Kes SRC: Shafee dakwa banyak lagi bukti disembunyikan
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.