GPS menang PRN Sarawak



KUCHING – Pengundi Sarawak akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN12) hari ini dengan sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran dibuka untuk pengundian yang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

Pengundi yang hadir ke pusat mengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melalui proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal.

SPR menasihati pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan sepertimana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Ikuti laporan langsung proses pengundian PRN Sarawak:

8.20 malam: GPS meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.




Menurut keputusan tidak rasmi, gabungan itu telah menang 42 daripada 82 kerusi DUN.

Ini kali pertama PBB, PRS, PDP dan SUPP menang dalam pilihan raya negeri menerusi gabungan itu, yang ditubuhkan selepas PRU 2018.

Sebelum ini, parti-parti ini adalah komponen dalam BN Sarawak.

8.19pm – (Rasmi) PRN Sarawak: Calon PSB Johnichal Rayong Ngipa menang di Engkilili dengan majoriti 1,191 undi.

8.pm – (Rasmi) Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah menang di Bukit Sari




7.50pm – GPS menang 42 kerusi, majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri, setakat 7.35 malam

7.45pm – (Tidak Rasmi) PRN Sarawak: Sehingga 7.30 malam GPS menang 40 kerusi

7.40pm – (Rasmi) PRN Sarawak: GPS menang di Layar, Pujut dan Bawang Assan – SPR

7.30pm – (Rasmi) PRN Sarawak: Pengerusi GPS Abang Johari menang di DUN Gedong – SPR

7.15pm – (Rasmi) PRN Sarawak: Calon PSB Baru Bian menang di Ba’kelalan dengan majoriti 680 undi.




7.10pm – (Keputusan rasmi) PRN Sarawak : GPS menang kerusi DUN Sebuyau, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Balai Ringin, Asajaya, Gedong, Simunjan – SPR

7.05pm – Keputusan tidak rasmi GPS menang di Nangka, Murum. Tebedu, Beting Maro.

6.40pm – (Tidak Rasmi) PRN Sarawak: Sehingga 6.30 petang GPS kini menang 21 kerusi

GPS menang di Belaga, Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala Rajang, Murum, Tellian,.

6.20pm – (Tidak Rasmi) PRN Sarawak: GPS menang di Belaga dan Balingian.




5.pm – Kesemua 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, ditutup tepat jam 5 petang tadi.

Proses pengiraan undi kini berlangsung.

3.30pm – Sebanyak 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah ditutup setakat jam 2 petang Sabtu.

Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 189 ditutup seawal jam 11 pagi diikuti 559 lagi pada jam 12 tengah hari.

Menjelang jam 1 tengah hari, sejumlah 243 pusat mengundi ditutup manakala 216 lagi ditutup sejam kemudian.

Warga emas, Safiah Hamzah, 81 dibantu anaknya menunaikan tanggungjawab mengundi bagi kawasan DUN N.73 Piasau di SK Jalan Bintang pada awal pagi Sabtu. – Foto Bernama
2.10am – Sebanyak 44 peratus daripada keseluruhan pengundi biasa Sarawak telah mengundi setakat jam 1 tengah hari, menurut SPR.

1.15pm – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud telah mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 di Kompleks Sukan Satok di sini kira-kira jam 11.40 pagi Sabtu.

Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di DUN N.08 Satok bagi PRN Sarawak ke-12 di Pusat Mengundi Padang Futsal Kompleks Sukan Satok di sini, hari ini. -Foto Bernama
11.10am – Sebanyak 22 peratus daripada keseluruhan pengundi biasa Sarawak telah mengundi setakat jam 10 pagi, menurut SPR.

Beberapa orang pengundi yang tiba awal pagi ini untuk mengundi dilihat mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan melalui proses saringan suhu badan ketika tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa yang menjadi pusat mengundi saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini.
10.am – Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak di Kompleks Sukan Satok pada Sabtu.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu tiba di pusat mengundi bersama isterinya Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada jam 10 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing kira-kira 15 minit kemudian.

9.30am – Sebanyak 11 peratus daripada keseluruhan pengundi biasa Sarawak telah mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) setakat jam 9 pagi sejak pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut kenyataan SPR.

Beberapa orang pengundi yang tiba awal pagi ini untuk mengundi dilihat mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan melalui proses saringan suhu badan. -Foto Bernama
8.50am – Hujan lebat yang melanda Sibu tidak menghalang pengundi, termasuk Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Soon Koh, calon PSB bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan tiba bersama isteri Datin Sri Pauline Leong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua pada jam 8.44 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

7.30am – Proses pengundian bermula

Proses pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi ini dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.

Proses itu membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN itu yang akan diuruskan oleh seramai 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada 5 petang.

GPS menang PRN Sarawak

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH tak goyang dengan kerjasama Warisan-MUDA



Leave a Reply

Your email address will not be published.