Warta rizab tanah kerajaan untuk kekalkan kolam takungan banjir – PM
Warta rizab tanah kerajaan untuk kekalkan kolam takungan banjir – PM
Majlis Air Negara (MAN) bersetuju untuk mewartakan rizab tanah kerajaan untuk mengekalkan kolam tangkungan banjir dan rizab sungai.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan itu akan dapat menjamin kualiti sumber air bersih sekaligus memulihara alam sekitar.
Kata beliau, mesyuarat hari ini yang dipengerusikannya turut bersetuju untuk mengadaptasi aras lindung selamat reka bentuk infrastruktrur.
“Fenomena perubahan iklim dan kenaikan aras laut yang sedang dan akan terus berlaku bakal menyebabkan kejadian ekstrim seperti banjir, musim kering, kenaikan aras laut dan pusuan ribut yang berisiko menyebabkan bencana kepada kawasan pesisir pantai.
“Tindakan dan adaptasi aras lindung pantai bagi jangka pendek, sederhana dan panjang melalui kaedah struktur atau penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature Based Solution) perlu mengambilkira faktor perubahan iklim dan kenaikan aras laut dalam perancangan dan pembinaan, supaya aras lindung pantai tersebut mampu menangani bencana ekstrem bagi mengurangkan impak bencana dan menjamin kelestarian sosio-ekonomi dan pembangunan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Perdana Menteri berkata, satu lagi cadangan telah dipersetujui iaitu kerjasama pelaksanaan inisiatif Air, Pulih, Guna di antara Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Dengan Syarikat Operator Air Negeri.
Jelas beliau, inisiatif berkenaan demi mengoptimumkan sumber air negara sedia ada dan menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar melalui konsep Ekonomi Kitaran (Circular Economy) dalam menguruskan sumber air negara.
“Penyediaan sumber air baharu untuk kegunaan industri bukan makanan adalah salah satu strategi oleh Kerajaan sebagai langkah pemulihan dan pemeliharaan sumber air selain peluang mewujudkan sumber pendapatan tambahan Syarikat Operator Air,” tambahnya.
Mesyuarat MAN kali ketiga secara maya itu kata Ismail Sabri, turut mengambil maklum dua perkara iaitu pembahagian tanggungjawab antara Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain.
Satu lagi pemakluman yang dipertimbankan adalah mengenai garis panduan pembinaan telaga tiub untuk yujuan eksplorasi, pemantauan dan pengeluaran dalam penggunaan sumber air bawah tanah.
Sebagai rekod, mesyuarat MAN hari ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi
yang berkaitan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bertindak sebagai sekretariat Majlis. MG
Warta rizab tanah kerajaan untuk kekalkan kolam takungan banjir – PM
Baca Artikel Menarik :
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal