Penduduk berang terbalikkan lori balak haram

Penduduk berang terbalikkan lori balak haram

Penduduk berang terbalikkan lori balak haram
Keadaan lori balak yang diterbalikkan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah lori balak diserbu lalu diterbalikkan orang ramai yang berang melihat kegiatan pembalakan terus berlaku meskipun selepas banjir besar melanda pulau Sumatera, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, lori itu melalui satu kawasan yang terjejas  banjir baru-baru ini sambil membawa muatan kayu balak.

Orang ramai kemudian menyerbunya lalu menterbalikkan lori tersebut.

Tidak dinyatakan tindakan ke atas pemandu lori selepas kejadian itu, namun video tersebut mencetuskan kemarahan ramai memandangkan aktiviti pembalakan haram dikatakan menjadi salah satu punca bencana itu baru-baru ini.

“Bagaimana aktiviti penebangan pokok secara haram di negara ini berlaku dengan berleluasa? Adakah Kementerian Perhutanan tidak memantaunya?” kata seorang netizen.

“Anda berhak melakukannya (menterbalikkan lori) kerana mereka langsung tidak peduli bagaimana rumah dan harta benda anda semua musnah disebabkan banjir,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Penduduk berang terbalikkan lori balak haram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker