#PrayForPalestin ! Selebriti Malaysia Titip Doa, Kutuk Serangan Ke Atas Palestin

Ketika umat Islam seluruh dunia sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, rakyat Palestin diuji dengan serangan Israel sejak beberapa minggu lalu.

Orang Awam Terbunuh, Masjid Al-Aqsa Rosak 

Memetik laporan Berita Harian, ketegangan di Gaza,Palestin semalam sampai ke kemuncaknya apabila sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta mencederakan 65 yang lain dalam serangan udara oleh Israel.

 

Difahamkan, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan militan Palestin susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa. Kesan pergolakan itu malam tadi,beberapa bahagian masjid itu terbakar dan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selebriti Malaysia Kutuk Serangan Ke Atas Palestin

Di Malaysia, selebriti-selebriti tanah air seperti Faizal Tahir, Sherry Al-Hadad, Mizz Nina, Heliza Helmi, Lisa Surihani,Fedtri Yahya, Hatta Dolmat dan ramai lagi mengutuk serangan tersebut yang disifatkan mencemarkan kesucian bulan Ramadan selain turut meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.

https://www.instagram.com/p/COsylT1HlSb/

https://www.instagram.com/tv/COske-rBzzq/?utm_source=ig_embed

Difahamkan, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan militan Palestin susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa. Kesan pergolakan itu malam tadi,beberapa bahagian masjid itu terbakar dan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kesempatan itu, mereka turut mendoakan agar bumi Palestin kembali aman seperti sedia kala selain berkongsi tabung dana Palestin menerusi akaun Instagram masing-masing.

Sebagai info,pada malam Jumaat lalu, lebih 200 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan Palestin di esplanad, lokasi puluhan ribu jemaah berkumpul bagi solat Jumaat terakhir ketika Ramadan. Dikatakan punca pergolakan tersebut adalah berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan, selain pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.-Murai

Palestin akan menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker