UMNO Tidak Ada Kena Mengena Dengan Kerajaan Pintu Belakang

Oleh Nurul Aisyah

UMNO sebagai sebuah parti yang bermaruah, tidak mahu dikaitkan dengan label kerajaan tebuk atau kerajaan pintu belakang.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu kerana bukan partinya yang terlibat dalam langkah tersebut.



“Kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘kerajaan pintu belakang’ tidak perlu dikaitkan dengan Umno. Bukan kita yang tebuk atap, dan bukan kita yang buka pintu belakang.

“Sampah sarap begini tidak harus dipalitkan kepada Umno,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Umno sebuah parti yang ada prinsip serta maruah, selain tidak boleh diugut-ugut seperti diancam ‘tekanan butang’ oleh parti lain.

Fakta yang perlu rakyat tahu bahawa kerajaan pintu belakang telah diberikan pembangkang(Pakatan Harapan) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini.



Kerajaan PN dibentuk Bersatu melalui kerjasama dengan Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu tumbang selepas Bersatu dan sebahagian ahli Parlimen PKR bertindak menarik sokongan.

Umno bukan parti picisan dan gila kuasa seperti mana dakwaan pihak tertentu.

“Umno bukan parti picisan. Tidak juga seperti itik patah kaki.



“Umno dan BN bukan gila kuasa seperti dakwaan mereka. Tabur wang sana-sini untuk kekalkan penguasaan dalam kerajaan.

“Tabur janji palsu, fitnah dan tohmahan yang memburukkan orang lain,” katanya lagi.

Dalam perkara ini, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Hakikatnya kita tahu, musuh menyusup dalam UMNO dalam usaha melemahkan parti keramat ini dari dalam. Oleh itu, jangan kita biarkan gunting dalam lipatan ini terus bermaharajalela.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker