Ngeh mohon maaf, tarik balik kenyataan

Ngeh mohon maaf, tarik balik kenyataan

Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham memohon maaf dan menarik balik saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Dalam kenyataan, Wakil rakyat DAP itu menjelaskan beliau tidak mempunyai niat untuk mencampuri hal ehwal Islam.



Khamis lalu, Ngeh mencadangkan pakar dari kalangan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji kompetensi DUN bagi menggubal undang-undang Islam.

Ngeh ketika mencadangkan pelantikan itu menjelaskan ia agar jawatankuasa tersebut dapat mengambil kira pandangan orang bukan Islam supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan tidak terjejas.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Bagaimanapun, cadangan pemimpin DAP itu mendapat bantahan keras daripada pemimpin Umno dan pembangkang yang menganggap Ngeh cuba mencampuri urusan hal ehwal Islam.



Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata cadangan Ngeh itu suatu kekhilafan, dan partinya menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor selaku pengerusi MKI dalam membuat keputusan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam, minta orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. FMT

Ngeh mohon maaf, tarik balik kenyataan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023



Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker