Umno belum putuskan untuk pertahan kerajaan PN pada PRU15 – Armand

Umno belum putuskan untuk pertahan kerajaan PN pada PRU15 – Armand

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata parti itu masih belum membuat sebarang ketetapan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Armand yang baru mengangkat sumpah sebagai senator bulan lalu berkata Umno sebaliknya lebih berminat untuk menumpukan isu-isu utama rakyat seperti kebajikan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Umno belum membuat sebarang ketetapan untuk mempertahankan kerajaan PN pada PRU-15 nanti.

“Sebagai pemimpin Umno, sudah pasti saya akan ikut keputusan rasmi parti bila perkara ini dibincangkan akan datang.

“Politik hari Ini cukup dinamik dan progresif,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berulang kali mendakwa Umno telah memutuskan pada perhimpunan agungnya dan majlis tertinggi supaya tidak bekerjasama dengan PN yang didominasi Bersatu.

Pada Nov lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu berperanan sebagai penentu dalam pilihan raya yang akan datang dan akan terus menjadi sebahagian daripada PN dan Bersatu.

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai sama ada pemilihan parti akan diadakan pada Mac 2022, Armand tidak menjawab secara langsung pertanyaan tersebut.

“Kita serahkan pada top five Umno (pemimpin kanan parti) berbincang dalam isu pemilihan parti,” katanya.

Pada 12 Dis lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan.

Katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan. Mk

Umno belum putuskan untuk pertahan kerajaan PN pada PRU15 – Armand


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker