PrnSarawak: Mana-mana rancak tabur janji


PrnSarawak: Mana-mana rancak tabur janji

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir, Ripin Lamat mengingatkan pengundi untuk benar-benar memilih parti yang melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, ketika musim pilihan raya memang banyak pemimpin parti yang akan turun padang untuk menabur janji menggunung kepada masyarakat.

Justeru beliau berharap pengundi-pengundi akan meneliti mana satu yang merealisasikan manifesto mereka dan membezakan parti yang hanya memainkan retorik politik.

“Kita harus ingat hampir dua tahun, atau 22 bulan mereka memerintah tak ada pembangunan pun yang mereka bawa ke kawasan kita dan mereka tak nampak pun di kawasan kita. Sekarang apabila pilihan raya mereka muncul pergi sana pergi sini menjanjikan itu, menjanjikan ini.

“Jadi kita harap masyarakat kita jangan terpesong dengan janji kosong. Apabila mereka jadi kerajaan, mereka tak buat apa-apa. Dua tahun! Kalau ikut kita kerajaan GPS dua tahun itu banyak yang dapat dibuat, tiap-tiap tahun banyak yang dibuat. Dan kita membangunkan kawasan kita secara berterusan, bukannya masa pilihan raya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas meninjau pusat undi awal DUN Lambir di Kem Sri Miri yang mempunyai sejumlah 658 pemilih berdaftar tentera dan pasangan.

Mengulas mengenai kempen yang dilaksanakan di kawasannya, kata Ripin ia sedang dipergiatkan dan berjalan lancar biarpun terhad berikutan prosedur operasi standard yang digariskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Lambir mempunyai sejumlah 19,907 pemilih berdaftar yang akan memilih antara empat calon wakil rakyat mereka iaitu Ripin (GPS), Zulhaidah Suboh (PKR), Dyanne Oshield Nickson (PBK) serta Lila Mohamad (PSB). Awani

PrnSarawak: Mana-mana rancak tabur janji


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker