Isteri, dua anak MB Selangor positif COVID-19

Isteri, dua anak MB Selangor positif COVID-19

Datin Seri Masdiana Muhamad yang juga isteri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bersama dua anak pasangan itu, disahkan positif COVID-19, semalam.

Amirudin memaklumkan, setakat ini beliau negatif daripada jangkitan wabak berkenaan berdasarkan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dijalaninya.



“Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya, Masdiana Muhamad dan dua anak saya disahkan positif COVID-19 pada hari Isnin, 13 Disember 2021.

“Alhamdulillah melalui keputusan RT-PCR yang saya jalani, saya disahkan negatif.

“Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan RT-PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan itu.



“Saya juga mohon sekalian mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk kami sekeluarga,” katanya. BH

Isteri, dua anak MB Selangor positif COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker