Me’nate Steak Hub buka cawangan baharu di Ipoh

Me’nate Steak Hub buka cawangan baharu di Ipoh

IPOH – Restoran makanan Barat terkenal, Me’nate Steak Hub melebarkan sayapnya di negeri Pe­rak setelah membuka cawangan baharunya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, pembukaan Me’nate Steak Hub (Ipoh) ini adalah sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut sehingga ke Utara.

Menurut beliau, pertambahan sebuah lagi cawangan baharu ini merupakan petanda positif bagi syarikat untuk terus berdaya saing dalam bidang makanan dan minuman (F&B) berdepan de­ngan persekitaran sukar selepas pulih daripada pandemik.



“Selepas memiliki tujuh buah cawangan di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, destinasi seterusnya pula adalah ke bahagian Utara iaitu di Pulau Pinang dan juga di Sungai Petani, Kedah.

“Sememangnya kami mempunyai ramai pelanggan dari Perak khususnya Ipoh yang sanggup datang jauh untuk menjamu selera di salah sebuah cawangan Me’nate Steak Hub di Lembah Klang.

“Perancangan seterusnya adalah untuk menguasai negeri Pantai Timur yang mana kami akan membuka cawangan di Kelantan, Kuantan ­(Pahang) dan juga di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan Me’nate Steak Hub (Ipoh) yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi baru-baru ini.



Menurut Syed Ashraf, Me’nate Steak Hub merupakan sebuah restoran makanan Barat berasaskan stik daripada pelbagai jenis daging yang kesemuanya diimport dan juga masakan ala Itali

Selain itu, ditanya mengenai kenaikan harga barang basah yang boleh menjejaskan kos operasi syarikat, beliau memberi jaminan bahawa pelanggannya tidak perlu risau tentang harga menu makanan di cawangannya masih mampu milik bersesuaian dengan bajet pelanggan.

“Kami menawarkan pelbagai variasi menu bermula pada harga yang paling rendah hinggalah pada harga paling mahal.

“Sesiapa sahaja boleh datang makan di Me’nate Steak Hub dan bagi mereka yang sudah biasa makan makanan Barat sepatutnya boleh membezakan hidangan yang di­sajikan di sini berbanding premis lain.



“Tiada timbul tanggapan bahawa Me’nate Steak Hub hanya untuk golongan berada,” ujarnya. K Online

Me’nate Steak Hub buka cawangan baharu di Ipoh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker