4 kereta terbakar di Putrajaya

4 kereta terbakar di Putrajaya

Empat buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran sebuah apartmen di Presint 5, Putrajaya, terbakar awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian di Blok E Apartment P5R3 itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.



Asmadi berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya dan polis menerima panggilan kecemasan kejadian pukul 2.24 pagi.

Kebakaran itu membabitkan empat kereta iaitu Proton Persona, Honda City, Honda BRV dan Perodua Myvi.

“Siasatan kebakaran dijalankan unit forensik bomba dan polis sedang mendapatkan keterangan daripada pemilik kenderaan bagi membantu siasatan,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Che Shaari Abdullah, berkata kebakaran membabitkan kenderaan berkenaan berjaya dikawal pada pukul 2.45 pagi. FMT



4 kereta terbakar di Putrajaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Nora Danish kena kecam main buih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker