Lelaki Koma Lihat Tangan Kiri Anak Perempuanya Dimakan Singa

Lelaki Koma Lihat Tangan Kiri Anak Perempuanya Dimakan Singa

Ayah kepada seorang anak perempuan di Yaman jatuh koma selepas melihat tangan anaknya di makan oleh singa. Nasib malang yang tidak diduga itu telah menyebabkan anaknya kini kudung tangan kiri setelah dimakan oleh raja rimba.

Memetik laporan Gulf News, anak perempuan yang berusia dua tahun itu kehilangan tangan semasa melawat zoo di wilayah Ibb di Yaman. Laporan itu menyebut anak kecil yang bernasib malang itu memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa sewaktu ayahnya sedang sibuk mengambil gambar.

Akibat kejadian tersebut, anak kecil itu terus dikejarkan ke hospital bersama-sama dengan ayahnya yang jatuh koma akibat kejadian tersebut.

Bagi penyokong hak asasi manusia, mereka menganggap ayahnya dan pentadbiran zoo, yang berada di bawah kawalan militia Al Houthi, bertanggungjawab di atas tragedi itu.

Mereka juga mengecam tindakan pentadbiran tidak menghiraukan keselamatan pelawat, terutama kanak-kanak, yang sesetengahnya cenderung mendekati haiwan.

Dalam kejadian yang hampir sama, kaki seorang remaja wanita hampir dimakan oleh buaya sewaktu dia berakit di Sungai Zambezi berhampiran Air Terjun di Zambia. Dia yang meletakkan kakinya tergantung di luar rakit telah digigit oleh buaya, namun berjaya diselamatkan oleh rakannya yang menumbuk hidung buaya tersebut, lapor Metro.

Ayah kepada remaja berusia 18 tahun bernama Amelie Osborn-Smith itu berkata kaki anaknya telah dibaham oleh buaya, tetapi tindakan rakan lelakinya yang terjun ke dalam sungai dan menumbuk hidung buaya itu telah berjaya menyelamatkan anaknya.

Akibat kejadian tersebut, Amelia diterbangkan sejauh 240 batu ke hospital di ibu negara Lusaka untuk rawatan kecemasan dan kini dilaporkan semakin pulih. Vc

Lelaki Koma Lihat Tangan Kiri Anak Perempuanya Dimakan Singa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker