Peniaga mati dipukul pelanggan

Peniaga mati dipukul pelanggan

Seorang peniaga maut selepas bergaduh dengan pelanggan kerana menegur cempedak goreng dijualnya mahal.

Kejadian itu berlaku di gerai mangsa dekat kedai serbaneka di Assam Kumbang, Taiping pada Selasa lalu.



Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu difahamkan berpunca daripada peniaga pisang goreng dan cempedak berusia 50-an menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.

“Susulan itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul di lokasi kejadian.

“Turut dirampas adalah topi keledar dan tiga kayu patah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.



Katanya, seorang lelaki berusia 40-an ditahan di tempat kejadian selepas laporan berhubung pergaduhan itu diterima pada 4.15 petang.

Beliau berkata, penduduk setempat yang positif morfin itu direman tujuh hari sehingga 19 Sept ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peniaga mati dipukul pelanggan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker