Ratu India dinobat Miss Universe 2021
Ratu India dinobat Miss Universe 2021
Ratu India, Harnaaz Kaur Sandhu, 21, dinobatkan pemenang Miss Universe 2021 yang memasuki tahun ke-70 penganjuran selepas menewaskan 79 peserta dari negara lain yang bertanding, hari ini.
Harnaaz yang juga model dan pelakon berjaya mencipta sejarah untuk negaranya selepas kali terakhir memenangi makhota itu pada 21 tahun lalu menerusi Lara Dutta pada tahun 2000.
Wanita berketurunan Punjabi itu bersaing dengan wakil Paraguay dan Afrika Selatan di peringkat Top 3. Harnaaz dimahkotakan pemenang tahun lalu, Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico.
Tempat kedua dimenangi wakil Paraguay dan ketiga dari Afrika Selatan. Manakala Colombia dan Filipina masing-masing berjaya ke Top 5.
Pada pentas akhir dihoskan Steve Harvey itu, dia berjaya meyakinkan barisan juri dengan jawapannya yang begitu mantap terhadap soalan diajukan.
Meskipun persiapannya cuma berlangsung dua bulan sebaik memenangi pertandingan di negaranya, kerja-kerasnya berjuang membawa nama India jelas berbaloi. HM
Ratu India dinobat Miss Universe 2021
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)