Jovian, Shopee jayakan Super Brand Day

Jovian, Shopee jayakan Super Brand Day

Selepas Neelofa, Jovian menjadi jenama komersial kedua yang diundang menjayakan kempen Super Brand Day bersama platform e-dagang piliihan ramai, Shopee pada 13 dan 14 Disember ini.

Jenama fesyen berkenaan yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Datuk Jovian Mandagie itu bakal menawarkan jualan promosi terbesar selama dua hari itu.

Kata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, promosi dibuat merangkumi barangan eksklusif seperti baju, tudung, beg, pelitup muka anti jerawat dan banyak lagi.

“Kali pertama ‘dingurat’ Shopee menjayakan kempen ini, kami tertunduk dan tersipu sipu malu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, pastinya ‘lamaran’ ini diterima dengan rasa teruja.

“Siapa yang nak tolak ‘godaan’ platform e-dagang nombor satu di Malaysia ini? Selama dua hari itu juga kami akan mengambil alih halaman utama platform terbabit. Kami sasarkan dalam 30,000 tempahan dapat diraih selama kempen berlangsung.

“Justeru barang dan inventori kena cukup untuk menampung apa saja kemungkinan daya pembelian ramai semasa dua hari itu dengan anggaran 10 hingga 15 juta laluan trafik. Jika sebaliknya tak cukup barang, satu kerugian ketika peluang keemasan seperti ini diperolehi,” katanya.

Kata pereka fesyen yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam arena berkenaan, beliau berharap kempen dua hari itu dapat dimanfaatkan pembeli dengan bijak.

“Moga kempen dua hari ini dapat membantu mereka membeli dan berjimat dalam masa sama. Kita sedar dalam situasi pandemik Covid-19, ekonomi tidak bagus, namun keinginan itu ini sentiasa membuak-buak.

“Kita tawarkan diskaun 60 peratus untuk koleksi baju raya bagi golongan lelaki, perempuan dan kanak kanak. Jadi boleh beli awal baju raya tahun depan. Boleh tekan pautan shopee.com.my/jovianrtw.os untuk lihat dan pilih. K Online

Jovian, Shopee jayakan Super Brand Day


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker