Pasangan suami isteri, adik ditahan bersama 107 kg ganja
Pasangan suami isteri, adik ditahan bersama 107 kg ganja
SEBERANG PERAI – Polis menahan tiga sekeluarga yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah membabitkan 107 kilogram (kg) ganja bernilai RM267,500.
Mereka merupakan antara empat individu berusia 25 hingga 33 tahun yang ditahan di sekitar negeri ini dan Kedah dalam tiga serbuan berasingan pada semalam dan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, tiga sekeluarga yang ditahan terdiri daripada adik lelaki, kakak dan suaminya manakala seorang lagi individu tidak mempunyai sebarang kaitan persaudaraan.
Menurutnya, tangkapan pertama dibuat pada pukul 8.40 malam semalam membabitkan si adik dan rakannya di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor di sini dan polis menemui lima ketulan ganja seberat 5 kg bernilai RM12,500.
“Susulan itu, kakaknya yang memiliki empat guni berisi 100 ketul ganja bernilai RM255,000 kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah pada pukul 9.50 malam, hari yang sama.
“Tangkapan terakhir membabitkan suaminya di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas pada 12.45 pagi semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua suspek dipercayai mendalangi aktiviti pengedaran dadah untuk pasaran tempatan sejak Jun lalu, manakala dua suspek didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan seorang positif syabu.
Dalam kes berasingan, Mohd. Radzi berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di Penaga, Kepala Batas di sini kira-kira pukul 3 pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran ganja dan merampas dadah berkenaan yang bernilai RM25,693. K Online
Pasangan suami isteri, adik ditahan bersama 107 kg ganja
Baca Artikel Menarik :
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta