Azlina beri peringatan pengundi akan tolak parti yang ‘Tiada Pembaharuan’

Azalina Othman Said memberi amaran kepada parti politik bahawa pengundi berkemungkinan akan menolak mereka jika enggan melakukan pembaharuan dan menolak “nilai progresif”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memberitahu FMT beliau menjangkakan PRU15 akan membuktikan apa yang dikatakannya itu menjadi kenyataan memandangkan mereka yang berumur 18 tahun dibenarkan mengundi.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, mengenai Barisan Nasional (BN) kembali kepada pendekatan yang lebih sederhana sekarang selepas PAS bersama dengan Perikatan Nasional (PN), Azalina berkata terdapat perbezaan asas antara rakan sekutu itu.

“PAS mempunyai penjenamaan tertentu. Terdapat persepsi bahawa apabila bercakap tentang PAS dan bendera yang mereka bawa, itu adalah bendera agama. Itulah perlembagaan parti.

“Tetapi perlembagaan parti kita berbeza. Kami mungkin mempunyai bangsa dan agama yang sama dengan mereka, tetapi kami berbeza apabila bercakap tentang elemen toleransi.”

Azalina berkata, parti-parti tidak lagi boleh memilih jalan selamat dan mesti mengangkat pembaharuan sekarang ketika kelompok berusia 18 tahun dibolehkan mengundi, selain orang ramai didedahkan kepada pelbagai perspektif melalui internet.

“Saya percaya mana-mana parti yang akan memasuki PRU15, termasuk PAS, mesti bersedia dengan agenda reformasi.”

Beliau berkata pembaharuan itu termasuk memperkukuh hak wanita, membuat perubahan kepada undang-undang imigresen dan kewarganegaraan, mencegah lompat parti, dan mengangkat calon muda.

“Semua ini sebahagian daripada agenda reformasi yang mesti dibawa oleh sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri sebagai kerajaan seterusnya.”

Beliau berkata Umno amat menyedari perkara itu dan mahu memastikan rakan-rakan yang berada dalam perjuangan bersetuju tentang perubahan itu.

“Kamu tidak boleh menawarkan diri untuk mengemudi negara dengan fikiran kamu betul sepanjang masa. Jadi apa yang parti saya cuba katakan ialah: ‘Kami mahu bertanding PRU15 dengan parti progresif, dengan parti politik yang sanggup melihat perubahan’.

“Tetapi jika parti masih mundur, sama ada dari segi kaum, agama atau nilai, anda boleh menawarkan diri tetapi pengundi tidak akan berminat dengan apa yang anda tawarkan.”

Azlina beri peringatan pengundi akan tolak parti yang ‘Tiada Pembaharuan’

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker