Guru digantung tugas selepas tuduh pelajar Islam ‘bawa masalah’
PARIS: Seorang guru di Perancis digantung tugas selepas dia melahirkan kebimbangan akan menjadi seperti ‘Samuel Paty seterusnya’ selepas membuat tuduhan berbaur perkauman terhadap pelajar beragama Islam.
Lapor Daily Mail, guru yang mengajar di Sekolah Katolik Joseph-Wresinski d’Angers dituduh bersifat perkauman terhadap pelajar Islam selepas mengajak mereka ‘menukar agama’ atas alasan orang Islam menjadi masalah di sekolah itu.
“Sekolah Katolik sepatutnya menerima pelajar Katolik sahaja,” kata guru itu.
Namun, ucapan guru itu tidak disokong malah pelajar lain membela rakan sekelas mereka yang beragama Islam.
“Sekolah Katolik bukan hanya dikhususkan untuk penganut Katolik sahaja,” kata pelajar lain.
Sejurus itu, pelajar terbabit membuat laporan di balai polis Angers mengenai guru berkenaan, iaitu dua hari selepas dia melemparkan tuduhan terbabit pada 2 Disember lalu.
Guru itu kemudiannya cuba menyelamatkan diri dengan membuat aduan pada hari berikutnya dengan alasan pelajar itu bersalah atas dakwaan ‘keganasan fizikal dan lisan terhadap seseorang dalam perkhidmatan awam’.
Pihak sekolah bagaimanapun terus bertindak menggantung tugas guru itu dan pendakwa raya memaklumkan siasatan mengenai aduan tersebut sedang dijalankan.
Tahun lalu, Samuel Paty yang merupakan guru sejarah di Perancis dibunuh oleh seorang remaja selepas mangsa menunjukkan karikatur yang merujuk Nabi Muhammad SAW semasa sesi pembelajaran mengenai kebebasan bersuara.
Guru digantung tugas selepas tuduh pelajar Islam ‘bawa masalah’
Baca Artikel Menarik:
- Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf
- Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis
- Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang
- Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg
- Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir
- Cara Pengiraan Zakat ASB
- Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan
- Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
- PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?
- Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami
- ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
You must be logged in to post a comment.